Wednesday, February 9, 2011

pemergiannya ditangisi...

bismillahirrohmanirrohim...

tepat jam 1235 tengahari, 6 februari 2011, di 4 utara HUSM nenenda sebelah abah kembali ke pangkuan pencipta-Nya...

Allahyarhamah Limah bt Dollah ialah seorang ibu kepada 8 orang anak. 5 lelaki dan 3 perempuan. menjadi ibu tunggal sebelum abahku habis belajar, bekerja di pasar kuala krai bagi menyara kehidupan 8 anak2 kesayangannya. lebih mesra dengan panggilan 'Mok' oleh anak2 dan cucu-cicitnya.

Beliau seorang yang penyayang dan berjaya mendidik anak2 dan cucunya menjadi insan yang berguna, mengenal ilmu dunia dan akhirat. masih mekar diingatanku ketika aku dan adik beradikku tinggal bersama mok di pondok sungai durian. hanya bermalam untuk beberapa kali di situ. kami dibawa bersama untuk belajar agama dan paling menarik itulah kali pertama aku melihat wanita solat jumaat dan di waktu petang, kami akan bersantai dengan kopi cap badak kegemaran mok.

mok tak suka cucu2 perempuan dia memakai seluar dan naik motor. baginya, itu lebih kepada ciri2 lelaki. boleh dikatakan setiap dari kami dijaga oleh mok sewaktu bayi. anak2 mok juga selalu bawa mok berjalan2 keluar dari kuala krai.

namun, pada akhir tahun 2002 keluarga kami telah diuji. paras kolesterol mok tiba2 menjadi tinggi dan beliau diserang angin ahmar sebelah kanan badan. anak2 mok berusaha untuk merawati mok dengan pelbagai kaedah rawatan. tetapi, sembuh itu hanya dgn izin Allah setelah kita berusaha. mok terlantar di atas katil selama 9 tahun sebelum pemergiannya. sepanjang 9 tahun itu, anak2 mok berusaha untuk menggembirakan hati mok, berkhidmat padanya sebaik mungkin.

pada tahun 2008, beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana luka di belakang badannya (bed sore) walaupun kami telah menggunakan rippen mattress untuknya. setelah beberapa bulan di wad, mok didiscaj dengan sihat. alhamdulillah...

pada tahun ini, 23 januari 2011 beliau sekali lagi dimasukkan ke wad kerana masalah yang sama. namun pada kali ini, terdapat masalah pada jantung nya dan menyebabkan beliau tidak dapat melalui proses pembedahan yang sama. luka nya dirawat menggunakan 'maggot'. selain itu, kerana masalah jantungnya, doktor telah memulakan rawatan dan memerlukannya untuk diperiksa darah setiap hari. aku berulang alik dari kelas ke wad dan ke rumah sepanjang sebelum cuti raya cina. satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan bila mok tanya "mana abah aiman?" aku menjawab abah di KL. lalu segera aku dailkan untuknya nombor abahku bagi melepaskan kerinduannya. setelah perbualan berakhir mok kata pada ibu saudaraku, "yah, nak dengar lagi suara azid (abahku)" dan aku kembali mendail nombor abah. mok tanya khabar semua keluarga kecil kami dan... mok minta maaf pada semua orang... bila aku ceritakan babak itu pada ciknah ku, dia seakan terkejut. merasakan sesuatu akan berlaku. namun, aku tidak menganggap itu adalah satu petanda bahawa beliau akan pergi, pergi meninggalkan kami di dunia ini. sekembali aku dari cuti, aku lihat mok semakin letih, pernafasannya terganggu. dan keesokan hari nya keadaan semakin teruk, mok telah didiagnos oleh doktor medikal bahawa dia mendapat jangkitan kuman dalam paru2. aku risau, malah sewaktu malam terakhir itu, aku pergi ke katil mok, menyentuh tangan dan kakinya. sangat sejuk. mok memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. aku tahu, kebiasaannya pesakit yang umur sebegini, bila telah mendapat jangkitan kuman di paru2, hayat nya tidak lama. aku sangat sedih, rasa tidak sanggup meninggalkan mok malam itu. namun, bila difikirkan aku ada kelas esok hari, aku melangkah juga pulang. dengan harapan Allah masih memberi masa untuk beberapa hari. keesokan harinya doktor membuat 'round' pagi. dan masa itu, produksi air kencing mok semakin berkurangan. hati aku makin tidak selesa. adakah ini tanda2 nya.. namun, aku belum mahir dalam ilmu perubatan Mu ini.. tidak yakin dengan gerak hati sendiri. jam 1210 pm, mesej ku terima oleh abah mengatakan mok sedang di'intubate'. dan waktu itu, air mata ku terus menitis. aku tahu, masanya telah hampir. namun, aku cuba untuk menipu diri ini, dan berharap Allah masih menyelamatkan mok. akan tetapi, aku tidak dapat menolak takdir, doaku agar Allah berikan yang terbaik untuk mok. aku bergegas meninggalkan klinik menuju ke wad 4u, setibanya aku di katil mok, dr sedang melakukan CPR, mok telah diintubate. namun, tiada reaksi positif yang ku lihat. setelah beberapa ketika, dr mengatakan sesuatu yang bermaksud, mok sudah meninggal 10 minit yang lalu. air mata ku terus bergenang. terkenang segala kenangan bersama mok. aku berlalu dari katil, membawa diri untuk melepaskan emosi yang tak tertanggung. buat seketika aku menangis teresak-esak. namun, aku bangkit kembali sambil katakan pada diri, aku ingin buat sesuatu untuk mok pada waktu akhir begini. aku kembali ke katil dan menolong staff nurse menyiapkan mok untuk di bawa pulang. sehingga lah mok di simpan, aku merasakan segala-galanya berjalan lancar, dan segala urusannya dipermudah oleh Allah...

semoga amalan2 allahyarhamah diterima oleh Allah dan beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. al-fatihah...

Thursday, February 3, 2011

happy birthday to u

3 februari 1985--> 3 februari 2011 = 25 years old

happy 25th birthday to my dear MCMZ
semoga dimurahkan rezeki utk dpt keje ngn tnb
dan dicapai segala impian.

=D