Showing posts with label phase3posting. Show all posts
Showing posts with label phase3posting. Show all posts

Monday, July 4, 2011

ujianMu untuk menguatkan, bukan untuk melemahkan sama sekali

bismillahirrahmanirrahim...

syukur yang amat sangat, result remedial o&g dah keluar, alhamdulillah, akhirnya Allah anugerahkan kejayaan itu padaku... setelah 4 kali aku diuji... ya Allah, aku tahu Kau sayangkan hamba-Mu yang lemah ini... ujian mu selama setahun ini, banyak mengajar aku erti kehidupan, erti kejayaan, erti kegagalan, erti tolong-menolong dan banyak lagi yang aku belajar selama setahun ini. semoga ilmu2 yang aku dapat akan digunakan sebaik mungkin buat bekalan di hari muka...

gembira memang gembira, namun hati yang gembira luluh tak terkata bila sahabat baik, teman sebilik sepanjang remedial tak berjaya mara bersama. sahabat, aku tahu ujian ini amat berat untukmu, walau aku pernah merasai nya tapi aku tahu ia tak mungkin sama sekali akan sama dengan perasaaan mu tika ini. sahabat, menangislah, lepaskan rasa kecewa mu untuk seketika. namun sahabat, janganlah kau berlama melayan rasa hati. segeralah bangkit!!! bangkit untuk buktikan pada diri bahawa kau seorang yang kuat, kau seorang yang mampu menghadapi ujian ini. sahabat, aku doakan dirimu sentiasa kuat,tabah, tenang, positif dalam menghadapi dugaan ini. kami semua sayangkan diri mu. bila diri diuji, cubalah kenang kembali senior2 kita yang diuji lebih teruk dari kita, semoga kita akan sentiasa jadi insan yang bersyukur.

sahabat,
aku amat sayangkan mu,
aku yakin, yakin dan yakin,
kau mampu mengharungi dugaan ini...

Friday, July 1, 2011

cara jawab mcq ada negative marking

assalamua'laikum wbt...
alhamdulillah remedial o&g dah berlalu,
walau apa pun keputusannya semoga itu lah yg terbaik untuk diriku.

before aku start remedial dan sehari sebelum exam remedial o&g,
aku minta pertolongan dari seorang sahabatku yasmin ilyas untuk tunjukkan aku cara2 jawab mcq. sebab dah 3 kali aku gagal mcq o&g.

berikut adalah cara2 jawab, ditulis untuk rujukan bagi aku dan siapa2 yang turut memerlukannya.

1. jawab semua soalan yang CONFIDENT sahaja untuk 1st round.
2. sambil tu yang mana tak tahu sila pangkah awal2
3. n yang mana 50-50 sila tanda bulat.
4. kalau daripada 5 stem, tahu 2 sahaja, jawab 2 tu je. lagi 3 sila tinggal.
5. kalau tahu 3, boleh lah nak attempt lagi 2. tp semalam aku attempt 1 je. yg rasa2 60% betul.
6. kalau tak ada idea langsung untuk soalan tu, aku nasihatkan jangan attempt. tp kalau nak attempt gak, attempt lah either semua true or semua false. ikut instinct, pesan yas.
7. habis jawab semua soalan (untuk 0&g ada 30), sila kira berapa markah yang akan dapat jika jwb yg confident sahaja.
8. then tengok balik yang telah dibulat. kalau jawab, n salah, berapa negative marking dpt. make sure jangan disebabkan negative marking, kita fail. kalau kira jawab semua yang bulat menyebabkan markah kita akan jadi boderline between lulus dan gagal, jangan jawab semua, aim kita nak berapa markah yang paling rendah.
9. yang paling penting untuk MCQ, jangan jawab semua.

menjawab mcq selama 1 jam, dan membuat keputusan yang yakin dan separuh yakin bagaikan sedang merawat pesakit dlm tempoh kecemasan. setiap tindakan yang diambil akan memberi impak kepada pesakit yang dirawat.

semoga aku menjadi dr. yang bertanya apabila tidak tahu dan berusaha menuntut ilmu dengan lebih mendalam untuk dipraktikkan kelak.

1 more year to go aiman mardhiyyah.
insyaAllah you can do it.

terima kasih untuk umi abah, keluarga, dan sahabat2 yang menyokong dan mendoakan saya sepenuh hati kalian...

Sunday, June 19, 2011

kamu tidak berhak untuk menjatuhkan semangat saya.

semangat, ketabahan, kesabaran ku latih pada diri setiap hari. untuk terus maju dan kekal cemerlang dalam menghabiskan sisa2 pengajian ku.

walaupun aku ulang tahun 4, tapi kamu tidak berhak untuk membuatkan aku rasa lemah dengan kata2 mu.

pertama kali aku mengalaminya selepas keluar keputusan o&g ku kali ke-3. dan aku gagal lagi. ada kata2 sumbang mengatakan aku gagal kerana cinta. walau apa pun sebab aku gagal, kamu tidak layak untuk menilai aku begitu. sampai sekarang aku masih belum tahu siapakah insan yang sanggup berkata begitu. luka ku simpan hingga hampir setahun. kadang2 berdarah namun ku masih bertahan. dgn kata2 semangat; bila kita di atas, kita disanjung, tapi bila kita di bawah, adalah biasa untuk kita dihina.

dan semalam, aku terluka lagi. bukan kerana kata2 sesiapa. tetapi impian ku seolah-olah terhalang kerana aku masih belajar. aku mula berfikir tentang masa lalu, alangkah indah kalau segala-galanya sudah selesai, semuanya menjadi mudah.

tetapi aku tahu, walau apa pun berlaku dulu, itu adalah kerana kesilapanku yang lalu. dan aku tidak mahu terus memandang ke belakang. aku sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk mencapai impianku, dan membahagiakan keluargaku. biar apa pun kata kalian, aku tetap akan bangkit walau ada tika nya aku terjatuh lagi.

untuk sahabat2 yang menganggap aku sahabat, jauhkanlah umpat keji. kerana kamu tidak tahu adakah kata2 mu akan diketahui oleh orang yg diumpat.

doakan kejayaan ku dan sahabat2 yg sedang remedial. semoga kami berjaya dgn cemerlang utk ke final year 2011/2012 dan berjaya dlm peperiksaan professional 3 2012 seterusnya mendapat MDUSM 2012.

usaha+doa+istiqamah+tawakkal= kejayaan dunia dan akhirat.

Wednesday, June 8, 2011

saya nak lulus jadi saya mesti usaha kuasa tiga

remedial o&g dah bermula, sekejap je rasa.. esok dah abis week1. maka 3 minggu lagi akan berlalu dgn pantas sekali. tiada masa utk dibazirkan. just boleh rehat kejap2. tak boleh malas2. tak boleh mengeluh. mesti RAJIN BERUSAHA. Allah dah uji untuk kali ke 4 dengan o&g, insyaAllah ada hikmah Nya yang tersembunyi. sahabat2 jgn lupa doakan kami ye!!! =D

Monday, May 30, 2011

keranamu air mataku mengalir dan aku amat takut untuk membuat ia mengalir lagi....

minggu depan, remedial o&g akan bermula bermakna ni kali ke-4 aiman melalui posting 0&g.
posting ni berlainan dengan posting2 lain. aiman pun tak tahu di mana lainnya, tapi posting ni amat mencabar untuk aiman...

ya.. aku amat takut.. bukan takut untuk mengharungi posting, tapi amat takut untuk menghadapi keputusan yang tidak dikehendaki...

doakan saya...doakan sy.. doakan lah aiman mardhiyyah mohd yazid mudah faham pelajaran sakit puan ni, mudah ingat, tajam ingatan, dikembalikan ilmu2 sewaktu diperlukan dan dianugerahkan kejayaan yang cemerlang...

aiman nak lulus o&g.. nak sangat.. ya Allah permudahkanlah urusanku...

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

hari ini hari yg ku tunggu-tunggu sejak lama dahulu..

namun, saat ini...
ak x mampu lg..
semoga ak diberi kekuatan utk mengharung
saat2 akhir posting o&g...

ya Allah..
janganlah ak diuji melebihi kemampuanku...
Aku tiada daya..
melainkan dgn kekuatan dari-Mu

all d best to all year 4.
especially to all my group-mate
n most special to my stdy-gp-mate.
may Allah bless us.

Sunday, August 8, 2010

oh schiZo!!~

baru tghari tadi abis exam long case utk psychiatry. huu.. ak mmg xnak pt dari ward, ye la, pt x stable, nak dapat history pn susah. sblm2 ni pn present case clinic je. tp, disebabkn pagi td tak ramai pt kat klinik, so kne la exam kt ward.

previously, mmg dah banyak kali cuba clerk pt schizo kt ward. tp setakat cuba clerk tu mmg x dapat la yg nak bg history. diam je... huu..relative pn xde utk dpt hx. klw kat clinic biasa nye pt akan dtg dgn relative. so, history lebih reliable.

ape pn, alhamdulillah, td dapat la clerk pt tu. wlpn mula2 cam tanak bg kerjasama. smpai nurse pn dtg tnya, pt ok x, klw x ok, boleh tkr pt. klw tkr pn, rasa ny sama je sbb kebanyakan pt x stable. lgpn dah sparuh jln clerk dia. so, terima je la.

then, smpai masa utk present, prof kata xley tgk clerk sheet. ok, agak tekejut. tp prof kata awk boleh buat. so, ak present je la ap yg ada dlm kepala pasal pt tu. then prof tnya smpai mx. ok abis.

komen dari prof: awk present da ok, da confident. maybe sbb dah go through year 4 sblm ni, so dah bnyk exposure. cuma bila bab utk apply kurang cekap jawab. so, kena banyak menyibuk kat ward. clerk pt then tanya HO, MO yg manage pt tu. knape, knape n kenape manage pt cam gitu.

huk2.. maka ak pn teringat la kata2 terakhir dr M kt o&g masa ak x lepas long case O&g, dr kata ak x appreciate management... huu... wat should i do ye... teori vs praktikal. hurmm!!~

Thursday, June 24, 2010

ujian

kadangkala ak rasa kuat
kadangkala ak rasa lemah

sesal x terhingga
namun masa yg telah berlalu
x dapat ditebus kembali
setahun ak berjuang di tahun 4
memastikan lulus semua posting
setelah gagal 1 posting major
0&g
disebabkan ak takut utk gagal lebih dari 1
dan alhamdulillah hanya remedial 1 posting

tapi ya Allah...
masa itu terbuang begitu sahaja
usaha ku tidak cukup
utk membuatkn ak lulus ong
maka
hukuman ini terpaksa ku terima
ulang setahun di tahun 4
betapa ak telah menyusahkan ramai orang
dan ak menyebabkan jiwaku terseksa
kerana tindakanku sendiri

kuatkan semangat ini ya Allah..
jatuh bertatih kerana alpa
bangkit dan jadikan kesilapan lalu
sebagai pengajaran.

dulu...
ak selalu berfikir
mcmane perasaan org repeat year ye..
dan,
ak ada bg nasihat utk sahabat2ku yg diuji
bnykkan bersabar, ada hikmahnya disebalik ujian itu.

kini...
setelah diuji..
sewaktu melihat result 0&g
tenang ak ucapkan
'year 4 setahun lg la ak'
dan..
pandangan ku gelap
air mata menitis
x tertanggung rasanya bebanan ini..
ak menangis spnjg mlm.
call zara,
ceritakn perasaanku padanya.
memberitahu repeat year pada parents
lebih teruk perasaannya berbanding bgtau repeat posting
ya...
kini baru ak tahu apa perasaannya...
'Allah tidak menguji seseorang melainkan dia mampu menanggungnya'

in my mind:
1.plan utk next year dah tertangguh..
i'm really sorry my dear
though i know
u'll always be there for me..
insyaAllah

2.i'll be missing
my memorable GROUP 2
serius ak syg group ni
but, i have to accept d reality
next sem ak akan dapat group baru
dgn junior2 yg sgt x ramai ak kenal
n study gp ngn zara.

3.perlu extend biasiswa jpa masa 5th year
but i still need to save
large amount of my last year jpa
in case next year lambat prosesnya

lambat setahun takpe aiman,
jangan x sudahkn langsung

semakin pahit perjalanan utk berjaya
semakin manis kejayaan itu

love me,
-Aiman Mardhiyyah-

Saturday, May 29, 2010

empathy vs sympathy

ak ke bilik bersalin utk hadir ke kelas yg dijadualkan namun telah dibatalkan atas sebab dr sgt sibuk. setelah penat menunggu dr, ak keluar dari bilik rehat dan melihat2 sekitar bilik bersalin. ada satu pesakit di bilik 'normal delivery' 2 pesakit di bilik 'epidural'. bilik2 lain kosong nampaknya.

tiba2 sedang ak menolong nurse merekodkan butir2 bayi yang baru lahir, terdengar jeritan 'eclampsia' dari bilik delivery 1. ak bergegas ke sana, melihat pesakit yg sawan secara tiba2. doktor yg merawat memegang erat pesakit berkenaan dalam posisi ke kanan dibantu oleh 2 sahabatku. ak melihat semua master students bergegas mendapatkan pesakit berkenaan.

salur pernafasan dipastikan ok, ubat utk sawan dan darah tinggi diberi kepada beliau. itu adalah pertama kali ak melihat pesakit eclampsia sepanjang ak berada di posting 0&g. yang menghibakan ak ialah pesakit itu lahir pada tahun '97, ku hitung umurnya 13 thn. sebaya dgn adik perempuanku yg masih bersekolah di tingkatan 2 (adik ak masuk awal). riwayat ringkasnya, dia hadir di kecemasan kerana sakit perut, setelah scan dilakukan, terdapat bayi dikesan dalam lahirnya dan beliau terus dihantar ke bilik bersalin.

ak hampir menangis memikirkan nasib adik itu.. ya Allah, masih kecil dirinya.. apakah dosanya sehingga diuji begini. ku difahamkan dia telah dirogol oleh saudara tirinya.

peliharalah diri anda saudari ku, peliharalah diri saudara perempuan mu wahai saudara2ku. mereka insan yang lemah, tak berdaya melawan pabila didatangi lelaki yang bernafsukan syaitan.

tenangkanlah jiwa adik itu, semoga diberi kekuatan utk mengharung kehidupan di dunia ini...

Saturday, November 14, 2009

think positive, be positive, act positively =D

bismillahirrahmaanirrahiim...
i've learnt few things from previous postings n as conclusion:

i MUST at least:
1. read 1 disease/day
2. read and do 1 procedure/day
3. clerk and read common disease.

ya Allah.. permudahkanlah perjalanan hidup aiman mardhiyyah bt mohd yazid sebagai pelajar perubatan. permudahkanlah kefahamanku ttg ilmu-Mu yg sgt luas.. amiin..

xnak wat ummi abah sedih!
aim: melihat air mata kegembiraan ummi abah.

i'll do my best in surgery posting, insyaAllah =D

Thursday, July 30, 2009

end of posting n hang-out with best friends

alhamdulillah, hari ni habis posting psychiatry. exam end of posting yg merangkumi long case dan mcq telah pun berlalu. bak kata yasmin "finished already". semoga lulus lah posting ni. tp risau gak, level pengetahuan mcm sikit je bertambah sepanjang posting ni. pengalaman clerk pt psychi pn best. bila fikir balik, nikmat akal yg sihat ni sgt besar. walaupun tubuh badan secara fizikal nya sihat, namun akal yg rosak menyebabkan seseorang tidak mampu menjalankan tugas harian dengan baik. alhamdulillah..

ptg td, lepas antar report neurosis n buku log di department psychiatry aiman kuar ngn nadia. agak lewat kami keluar, dlm 630 p.m baru sampai di kbmall. jumpe dila kat kfc baru pas tapau ayam utk org kat umah. then, kami yg kehungryan ni pilih rasamas utk makan n bersembang. mcm biasa la bila jmpe kawan rapat, mcm2 nk dicerita. dari h1n1 yg menyebabkan diorg ada kat kb skrg smpai la cte2 lain. selesai makan, nadia nak beli beg. nasib baik ada yg bekenan, klw x pusing 1 kbmall la.. then, kami naik tingkat atas utk solat maghrib.

selesai solat, balik umah dila ngn jalan kaki sbb ma nadia akan ambk kat umah dila. then, kami gi plk pantai timur beli barang skt. sambil2 bersembang, nadia tanya 1 soalan
"bila kte keje nnt, boleh lagi ke kte kuar cam skrg?"
aiman hanya jawab "ntahla nad.. ak pn xtau"

persahabatan yang telah terjalin antara kami sejak tahun 2000 smpai sekarang dan aiman harap akan kekal utk selamanya. banyak pahit manis dalam persahabatan kami. perselisihan faham yg mematangkan hubungan sebab bila kte tahu kte salah, kte akan cuba sedaya upaya utk tidak mengulang kesilapan yang sama.

dat's all..

Wednesday, July 15, 2009

psychiatry posting (5/4-30/4/2009)

tahun 1, 2 dan 3 yang telah berlalu. hanya tinggal 2 tahun utk memastikan diri aiman competent utk jd seorang doktor. insyaAllah

alhamdulillah.. kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 4 telah bermula sejak minggu lepas. dah x ada lecture spt zaman phase 1 n 2. phase 3 lebih ke arah klinikal sbg persiapan utk menjadi doktor yg competent. dgn cara belajar yg berbeza dan lebih ke arah atas diri sendiri, aiman agak terkejut dgn suasana baru ni. sekarang masih dalam proses adaptasi. insyaAllah, by the end of this week dpt terima perubahan baru ni. utk mn2 sahabat yg rapat yg aiman x dpt bahagi masa cm dulu, mintak maaf bnyk2. bukan nk membzkan diri. tp, masih dlm proses belajar membahagi masa dgn baik. terima kasih buat yg memahami aiman.



utk pngetahuan sahabat2, aiman brada dlm group 2, tahun4, phase 3, sidang 09/10. dan 1st posting gp kami ialah psychiatry. org kata posting ni senang sebab keje nye bersembang ngn pt je. mmg tu realiti nya, kami xde on call cam sahabat2 dlm posting len. tp, klw sape2 nk gi clerk pt malam2 tu terpulang pd diri masing2. yg penting kne balik b4 930 supaya boleh bg peluang utk pt berehat.


pengalaman masa minggu pertama posting psychiatry, agak mendebarkan sbb stigma2 yg dah tertanam dlm fikiran sblm2 ni. tp, aiman perlu belajar utk jd non-judgemental, no bias towards patient. dlm posting psychiatry ni, yg pntg revise balik note block psychiatry masa 3rd ea n mesti ingt balik phenomenology yg ada utk memudahkan diri paham ape yg patient ckp.


habis minggu ni, tnggal 2 mnggu lg posting psychiatry. 4th week nnt ada end of posting exam mcq n long case. semoga masa yg bersisa dpt digunakan sebaiknya. dan semoga aiman mardhiyyah mohd yazid lulus posting psychiatry. amiiinnn...


antara buku teks yg digunakan. ada lg buku rujukan yg pnjm dr library. hehe~ tp baru baca bp helai je.

log book yg WAJIB dicompletekan sebelum exam end of posting.
2 cases write-up, 10 cases presentation, at least 8/10 procedures completed, at least 1 dcp/tutorial presented n at least 2 meetings with supervisor.