21 januari 2012
pembuka episod kebahagiaan 2012 ku. selamat diijabkabulkan dgn suami tercinta, muhammad bin che mat zain atau lebih dikenali dikalangan rakan2 rapatku dgn mcmz. cinta non-halal selama 4 tahun akhirnya berkesudahan dengan ikatan yang halal. bersyukur dgn jodoh kami yg telah Dia takdirkan. terkenang kembali saat mula perkenalan, saat aku menangis di hadapan zara dgn rasa bebanan cinta ini, saat aku ingin mengundur diri sebelum segalanya terlambat, saat cemburu aku dengan rakan2 perempuannya, saat kami bersusah payah berniaga utk mengumpul simpanan utk majlis bersejarah kami dan banyak lagi memori indah dan pahit (x banyak pun) sepanjang kami berkenalan. alhamdulillah...
?? februari 2012
alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami dengan urine pregnancy test yg positif. kami berdua mmg merancang utk mendapat baby awal, sbb tu aku mengambil folate 3bulan sebelum berkahwin. dan atas usaha dan takdirNya, alhamdulillah kehadiran si kecil amat dinanti. banyak pengalaman mengandung yg telah aku alami dan itu adalah antara saat2 manis yg dapat aku kenangkan.
21 jun 2012
hari yg amat ditunggu oleh semua final year medic usm 2012, alhamdulillah nama aku antara yg diumumkan pada hari bersejarah berkenaan. aku amat gelisah kerana kebiasaannya P.A ku (penasihat akademik) akan mesej aku semasa mesyuarat majlis, memberitahu aku lulus PRO 1 dan PRO 2. aku tidak pernah berdebar semasa mendengar keputusan pro sebelum ini. lebih menggembirakan apabila rakan2 seperjuangan study group ku lulus kesemuanya. alhamdulillah, usaha kami bersama selama 2 tahun diberi ganjaran lulus olehNya. junior2 yg tak pernah ku sangka akan dihadiahkan olehNya utk berjuang bersama saat aku repeat year4 dulu.
4 september 2012
tarikh perlantikan ku sebagai penjawat awam kerajaan malaysia, bermula dgn jawatan pegawai perubatan siswazah gred ud41. ditakdirkan utk berkhidmat di HUSM walaupun aku amat mengingini utk berkhidmat di HKB ( bezanya HKB ialah hospital KKM yg kebiasaannya housemen yg dilatih di KKM mengalami pengalaman yg lebih baik berbanding housemen di hospital KPT, ini maklum balas kebanyakan mo kpd ku stp kali aku bertanya tempat yg baik utk aku buat housemen) alhamdulillah, semoga pekerjaan ku ini membawa manfaat kepada agamaku, keluargaku dan negaraku. mmg banyak cabaran dalam dunia housemenship, namun aku yakin ujian Allah atas apa yg aku mampu sahaja, semoga aku diberi kekuatan dan semangat yg berpanjangan utk menamatkan housemenku.
20 september 2012
menjejakkan kaki ke kampus induk,USM di pulau pinang utk hari graduasiku. dapat cuti 5 hari (apply 3 hari je, tp team-mate ckp weekend sorg je cover so,aku xperlu dtg hospital, gembira ^^,) alhamdulillah walaupun sekejap, dpt berjumpa balik teman2 seperjuangan mmg detik yg menggembirakanku. bersama suami, umi, abah, k.anis dan afwan yg turut hadir bagi memeriahkan hari bersejarah setelah bertungkus-lumus selama 6 tahun.
11 oktober 2012
38weeks of pregnancy, sehari selepas bufdae ku. sedang asyik menikmati makan tengahari di restoran ulam cikgu di pc bersama suami, tiba2 aku mengalami SROM, mmg pucat lesi muka masa tu, segan dgn org sekeliling (xtau la ada yg perasan x) makanan dibayar dan dibungkus segera, dan suamiku segera menghubungi dr usains yg kami temui sebelum ini. dinasihatkan utk terus ke bilik bersalin usm, alhamdulillah tepat jam 10.06 malam puteri sulung kami selamat dilahirkan. anugerah dan amanah dariNya utk kami berdua dinamakan Dhia Delisha binti Muhammad yg membawa erti sinar kegembiraan, yg menggembirakan orang lain.
1 disember 2012
tarikh ini belum menyapa, tp tarikh ini adalah tarikh utk suamiku memulakan kerja di kilang felda yg lain. felda tersang, terletak di raub, memakan masa perjalanan 5 hingga 6 jam. sebelum ni, di aring b hanya memakan masa 3 jam, jadi boleh lah bertolak seawal pagi dari rumah. nanti dah kena bertolak awal sehari. makin jauh. sedih memang sedih, tp insyaAllah kena yakin, ini adalah yg terbaik utk kami.
2012 yg penuh makna, walaupun segalanya aku rancang utk tahun 2011, namun perancangan Allah itu pasti lebih baik drpd perancangan kita. bukan utk aku katakan hikmah aku ulang tahun 4, tapi ini adalah kebahagiaan yg tertangguh. (tertangguh dari sudut kita, bukan Dia)