Saturday, November 17, 2012

2012 yang penuh bermakna

alhamdulillah, walaupun 2012 belum berakhir namun telah menghampiri penghujungnya. skrg tgh ada mood nak menulis, tgh cuti pantang kn? hehe.. nnt dah habis pantang, sibuk nak berjalan2 pulak. so, nak lepaskan mood menulis skrg lah =) 

21 januari 2012
pembuka episod kebahagiaan 2012 ku. selamat diijabkabulkan dgn suami tercinta, muhammad bin che mat zain atau lebih dikenali dikalangan rakan2 rapatku dgn mcmz. cinta non-halal selama 4 tahun akhirnya berkesudahan dengan ikatan yang halal. bersyukur dgn jodoh kami yg telah Dia takdirkan. terkenang kembali saat mula perkenalan, saat aku menangis di hadapan zara dgn rasa bebanan cinta ini, saat aku ingin mengundur diri sebelum segalanya terlambat, saat cemburu aku dengan rakan2 perempuannya, saat kami bersusah payah berniaga utk mengumpul simpanan utk majlis bersejarah kami dan banyak lagi memori indah dan pahit (x banyak pun) sepanjang kami berkenalan. alhamdulillah...



?? februari 2012
alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami dengan urine pregnancy test yg positif. kami berdua mmg merancang utk mendapat baby awal, sbb tu aku mengambil folate 3bulan sebelum berkahwin. dan atas usaha dan takdirNya, alhamdulillah kehadiran si kecil amat dinanti. banyak pengalaman mengandung yg telah aku alami dan itu adalah antara saat2 manis yg dapat aku kenangkan.

21 jun 2012
hari yg amat ditunggu oleh semua final year medic usm 2012, alhamdulillah nama aku antara yg diumumkan pada hari bersejarah berkenaan. aku amat gelisah kerana kebiasaannya P.A ku (penasihat akademik) akan mesej aku semasa mesyuarat majlis, memberitahu aku lulus PRO 1 dan PRO 2. aku tidak pernah berdebar semasa mendengar keputusan pro sebelum ini. lebih menggembirakan apabila rakan2 seperjuangan study group ku lulus kesemuanya. alhamdulillah, usaha kami bersama selama 2 tahun diberi ganjaran lulus olehNya. junior2 yg tak pernah ku sangka akan dihadiahkan olehNya utk berjuang bersama saat aku repeat year4 dulu.


4 september 2012
tarikh perlantikan ku sebagai penjawat awam kerajaan malaysia, bermula dgn jawatan pegawai perubatan siswazah gred ud41. ditakdirkan utk berkhidmat di HUSM walaupun aku amat mengingini utk berkhidmat di HKB ( bezanya HKB ialah hospital KKM yg kebiasaannya housemen yg dilatih di KKM mengalami pengalaman yg lebih baik berbanding housemen di hospital KPT, ini maklum balas kebanyakan mo kpd ku stp kali aku bertanya tempat yg baik utk aku buat housemen) alhamdulillah, semoga pekerjaan ku ini membawa manfaat kepada agamaku, keluargaku dan negaraku. mmg banyak cabaran dalam dunia housemenship, namun aku yakin ujian Allah atas apa yg aku mampu sahaja, semoga aku diberi kekuatan dan semangat yg berpanjangan utk menamatkan housemenku.

20 september 2012
menjejakkan kaki ke kampus induk,USM di pulau pinang utk hari graduasiku. dapat cuti 5 hari (apply 3 hari je, tp team-mate ckp weekend sorg je cover so,aku xperlu dtg hospital, gembira ^^,) alhamdulillah walaupun sekejap, dpt berjumpa balik teman2 seperjuangan mmg detik yg menggembirakanku. bersama suami, umi, abah, k.anis dan afwan yg turut hadir bagi memeriahkan hari bersejarah setelah bertungkus-lumus selama 6 tahun.



11 oktober 2012
38weeks of pregnancy, sehari selepas bufdae ku. sedang asyik menikmati makan tengahari di restoran ulam cikgu di pc bersama suami, tiba2 aku mengalami SROM, mmg pucat lesi muka masa tu, segan dgn org sekeliling (xtau la ada yg perasan x) makanan dibayar dan dibungkus segera, dan suamiku segera menghubungi dr usains yg kami temui sebelum ini. dinasihatkan utk terus ke bilik bersalin usm, alhamdulillah tepat jam 10.06 malam puteri sulung kami selamat dilahirkan. anugerah dan amanah dariNya utk kami berdua dinamakan Dhia Delisha binti Muhammad yg membawa erti sinar kegembiraan, yg menggembirakan orang lain.




1 disember 2012
tarikh ini belum menyapa, tp tarikh ini adalah tarikh utk suamiku memulakan kerja di kilang felda yg lain. felda tersang, terletak di raub, memakan masa perjalanan 5 hingga 6 jam. sebelum ni, di aring b hanya memakan masa 3 jam, jadi boleh lah bertolak seawal pagi dari rumah. nanti dah kena bertolak awal sehari. makin jauh. sedih memang sedih, tp insyaAllah kena yakin, ini adalah yg terbaik utk kami. 

2012 yg penuh makna, walaupun segalanya aku rancang utk tahun 2011, namun perancangan Allah itu pasti lebih baik drpd perancangan kita. bukan utk aku katakan hikmah aku ulang tahun 4, tapi ini adalah kebahagiaan yg tertangguh. (tertangguh dari sudut kita, bukan Dia)

Monday, July 16, 2012

journey of mom-to-be up to 26th weeks

sebuah perjalanan penuh kebahagiaan =)

3 months before marriage
took my folate supplement as preparation for my beloved ones. semoga dimurahkan rezeki kami =)

3weeks of marriage.
1 week after expected ovulation
aiman experienced bleeding, which i thought i got my menses 1 week early. yg pelik nya time ni blood tu kuar sikit je, n spotting. masa ni mmg da frust, ala... xde rezeki lg. xpe lah. n incik suami pn ckp dia pn sedih tp xpe, blh usaha lg (ni dia cte pas tau dah pregnant) tp ble blood tu dah x kuar, aiman start search kt tenet, ape yg dah berlaku? any probability? n d answer was post-implantation bleeding. masa ni mmg rasa cm berbunga-bunga je hati. ada harapan lg ni. n start search ble plg awal upt akan positive.

3 days before expected menses.
berusaha gi outpt lab utk wat upt. gi ambk borang, n mntk kwn yg h.o sign kan. hehe~~ masa ni mintak my bff temankan, cik zara. sbb takut result negative. takut frust. n d result turned to be.... org lab kata negative mula2.. tp lama skt (lama sbb i'm frust n still duduk kat situ) org tu kata, "eh, ada 2 line, tp pudar lg. mybe hCG pnye level x high sgt, so x clear la line dia". n aiman tersenyum... alhamdulillah. (dlm hati, mmg awal pn encik. hehe~) berbunga2 hati call incik suami bgtau result. tp dah x repeat or buat scan sbb mmg dah x menses. so, tnggu je la dulu scan nnt2. (lgpn klw scan mmg x nmpk lg)

7 weeks of POA
end of posting psychiatry klw x silap. my group2 buat outing gi main bowling n gi jeram linang. n me~~~ oh2, mmg mom-to-be yg nakal. main jgk la boling tu. angkat smpai 11kg kot yg paling berat, n 2 games. ohh.. can u imagine? in early pregnancy? before gi jeram linang, ktorg solat zohor dulu, n i had bleeding. masa ni mmg takut sgt. takut sgt2... am i losing my baby?? smpai nangis2 masa solat. tp gi jgk jeram linang, n bertolak balik gua musang. smpai aring demam2 sbb x mandi n tukar baju dulu before drive gi aring. cte kat incik suami, tp takut2 sbb takut kne marah... masa ni mmg baru tersedar, this is not only my baby, ni pn baby incik suami, aiman kne jaga baik2. besar ny amanah ni.. masa tu doa je dalam hati, ya Allah selamatkan lah baby kami...bleeding time tu je. dah xde pas2 tu. esok ny lepas incik suami gi keje, duk sorg2 kat umah, mula la pk bukan2, baby ummi okey x? baby mcmane? baby ummi... pastu call incik suami, nangis2, nk tgk baby. nk make sure baby okey. n he rushed back utk bwk gi klinik panel felda kat chiku 3. dr ni super senior usm. scan n advice. baby is still there, kne bnyk rehat etc. bahagia tgk baby 1st time. of cos masa ni juz gestational sac. hehe~ n lepas balik kb baca sket2, commom cause utk early trimester miscarriage ni chromosomal abnormality, dgn kata lain xde kaitan la. hehe~ denial tp of coz, jgn nakal2 mcm sy. serik dah lepas tu.

11 weeks of POA
booking kat HUSM. hari yg memenatkan. knp? sbb pg tu ada exam end posting anaes n ptg lak end posting ane. in between tu kne gi booking kt klinik ong. knp ambk hari tu? sbb next week ny dah start posting district, dah susah nk curi2 masa gi klinik. malas nk booking kat district. alhamdulillah sgt masa ni ada nurse baik hati, dia nmpak aiman kalut2. ckp la baru pas exam, n ptg ni ada exam lg. n she helped me. mmg potong q la. hehe~ smpai scan pn m.o tu buatkan. xyah tnggu m.o bilik scan. thnx akk nurse n m.o =)

15 weeks of POA
nausea n vomiting in pregnancy tu biasa la. alhamdulillah aiman x dpt hyperemesis gravidarum. syukur sgt. biasa ny aiman akan muntah2 klw sakit kepala, selera mkn, mmg boleh kata memilih sgt2. hehe.. n slalu mkn x abis. biasa before pregnant mmg pantang la mknn x abis. umi pesan makan kurma n kismis.  tp kismis ni abis pn sbb share dgn bdk2 gp ble ngantuk dlm kelas. haha~ n satu hari ni, aiman muntah bnyk kali, mmg sbb sakit kepala sgt. smpai call umi, nangis2 ckp aiman lapar... tp x boleh mkn. hehe.. umi kata mane bleh nangis, bkn bdk kecik. umi cam bebel2 jgk, tp pastu cl balik n bg nasihat. haha~ i luv u umi. aiman muntah teruk sbb sakit kepala, n sgt lapar. tu je.. hihi.. cam budak2 lak rasa. padahal dah nak jadi mak budak =D

17 weeks of POA
tbe2 terjaga dari tdo. tgn kanan sakit sgt. baru kul 4 pg ni. then rasa kebas2 kt median nerve pnye distribution. ya Allah, carpal tunnel syndrome.. huu.. xpelah smbg tdo. then this pain mmg disturb tdo lebih2 lg lepas tgn kiri pn rasa bnda sama. masa ni tgh posting district, so agak susah nk jmpe dr. so, bertahan je la dulu. smpai final week of district, ternampak specialist hand team, terus kejar n gtau prob. dia advice utk ambk injection. tp aiman bertahan smpai another week. segan nk gtau lecturer lain plk, sbb mnggu tu that specialist xde kt usm. ble gi utk injection, it was 4 days before my pro3. n dr decide utk x inject. sbb kesan sakit inject tu lg teruk. he worried if i could not perform well in exam because of d pain, which he said, boleh smpai 3-4 hari. masa tu sgt kecewa, rasa nk nangis je dpn dr. tp dia bg alternatif utk physio, d only choice yg ada n pcm as painkiller. hurm, pcm yg xde effect lgsg =( so, pergi la physio ada hot wax, ultrasound, n tens. blh la tahan jgk. masa xm lebih2 lg meq, Allah je la tahu betapa tgn ni sengsara nk menulis. so, tulis je cepat2 supaya ada masa utk tgn rehat, alhamdulillah, Allah permudahkn segala ny =)

22 weeks of POA
1 day after abis xm n 1 day before dpt result gi inject. oh2.. mmg sakitttt... tp, alhamdulillah 1 hari je. hehe... masa sakit ni nk makan pn susah, tp bertahan je. dan alhamdulillah skrg ni (26wPOA) dah okey. wlpn kdg2 ada gak rasa kebas lg.tp at least x mengganggu utk buat keje as a housewife =) cuma yg tgn kiri ni still trganggu lg. terjg jgk kdg2 sbb sakit. xpe, blh buat keje lg =)

25 weeks of POA
balik kb utk detail scan n mogtt. of course 2-2 tu sbb aiman ada risk factor. hehe~ detail scan alhamdulillah baby normal. ummi syg baby. n air gula tu mmg x sedap. yarkkkkkk. errr..  n x nak minum lg. semoga result mogtt normal. aiman xnak inject insulin... sakit... =(

2 days before 26 weeks of POA
braxton hicks contraction. pegang my tummy tbe2 je rasa eh knape keras semacam je ni? tp kejap je. less then 1 minute. mula la search n bukak buku 10 cikgu. oh.. patut la, dah second half of pregnancy =) 

tu pnglmn yg stakat ni, n yg ingt2 lupe. hihi.. another 14 weeks to go my baby.
semoga baby n ummi sihat, deliver tnpa sebarang complication.
doakan kami yee =)



Saturday, June 30, 2012

alhamdulillah wa syukurillah

alhamdulilllah, syukur pada rahmatNya, yg membantuku utk lulus dlm professional 3. M.D USM 2012 yg diimpikan berada dalam genggaman jua, semoga diri ini kuat dan tabah utk mengharungi tempoh H.O kelak.

alhamdulillah, pabila lulus boleh lah menikmati cuti bersama suami tersayang sebelum dipanggil utk berkhidmat dgn KKM. mungkin ini kali pertama dan terakhir dpt menjalankan tugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa <3 i love it!!!

alhamdulillah jgk, baby ummi & papa dah 23 mnggu 3 hari. last check up rabu lepas, tp baby x bg can lg utk ummi papa tgk gender dia, suprise ye syg? <3 semoga baby lahir dgn sihat, dan membesar jd anak yg soleh/ah. =)

alhamdulillah skrg kami berada di jerantut, pahang. ikut cik abg syg keje. n dlm masa sama honeymoon pertama kami, syukur, terima kasih syg <3 ahad ni kami nk gi tgk gua kota gelanggi. agak tersorok tempat ni, n ni je tempat menarik di jerantut yg kami tahu. hehe~ alang2 sampai sini kena la gi jalan2. ntah bila lagi nk sampai sini.

dats all~~ nk update pasal pengalaman pregnant, tp xde feel lg. haha~ okey! thnx pd yg sudi baca =D

Friday, January 20, 2012

tomorrow will be the day

yesterday was our anniversary 190108-->190112 4 years of non-halal relationship. T_T

tomorrow is the day, our new life will begin 21112.
semoga dipermudahkan, dilancarkan dan diberkati majlis kami esok,
dilapangkan hati semua pihak yang terlibat,
dipermudahkan urusan tetamu utk hadir bagi meraikan dan mendoakan kami,
dijadikan kami pasangan yg soleh/solehah utk satu sama lain,
dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga,
ditenangkan dan dilapangkan dada kami dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang,
dikurniakan zuriat yang soleh/solehah bila tiba masanya,
dipermudahkan urusan kami utk diterima baik oleh keluarga baru,

semoga Dia permudahkan segalanya... terima kasih Allah kerana menganugerahkan cinta ini kepada kami...

Friday, January 13, 2012

How Well Do I Know My (Future) Hubby?

How Well Do I Know My (Future) Hubby?-tagging all bride to be who is reading this

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

sport, senario/maharaja lawak. stuff like dats.

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

salad? dia suka makan kue teow sup =)

3. What’s one food he doesn’t like?

nasi air manna was salwa, but i really loves dat. hehe.. xpe, awk makan benda lain ye.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

klw on d way balik ke gua musg, he would order nescafe beng. yg lain2, he loves to try new menu

5. Where did he go to high school?

all boys school, smu(a) maahad muhammadi lilbanin, kota bharu

6. What size shoe does he wear?

@_@ xtau... 9 kot??

7. If he was to collect anything, what would it be?

game utk psp. haha~

8. What is his favorite type of sandwich?

hurm... dunno.

9. What would this person eat every day if he could?

kuew teow sup??

10. What is his favorite cereal?

em... xtau. x mengenyangkn sgt kot yg dia akan komen

11. What would he never wear?

em.. dunno any specific colour, but surely pakaian yg x tutup aurat =)

12. What is his favorite sports team?

haha.. sy xtau. red warrior tu one of them

13. Who did he vote for?

who? haihs... not really show his interest. tp x berlawanan ngn sy.

14. Who is his best friend?

nik muhammad faris =) & me of course

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

errr.... exercise & diet. aaaa... hurm, mission not accomplish. sorry dear =(

16. What is his heritage?

erk? whats dat? is it che?

17. What is his favourite colour?

blue? oh... i dunno specifically *sigh* (its okey, next week n so on i'll start knowing u better)

18. What is his habit?

not really sure~ but if he had free time, he would msg/call me =)

19. What is he proud of?

dah dapat keje, boleh tlg parent n boleh buktikan dia mampu utk sara wife n anak2 nnt =)

20. Lastly, do you think he will read this?

nope~

Friday, December 30, 2011

20 days to go... Mrs. Muhammad-to-be

dub dab dub dab...
semoga dipermudahkan segala urusan kami...

Friday, September 2, 2011

M&M e-day 01092011


assalamualaikum dan selamat hari raya =)

alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan lancar semalam.







Thursday, August 4, 2011

cuak

okay, hari ni sgt hepi dgn ape yg telah berlaku.
tp malam nii..
aaaa... sy sgt cuakkk..
huuuu...
i juz wanna talk to any one of my besties...

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

ideal weight

dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

malam ni tido lambat n alang2 lambat n takut miss subuh, maka tunggu sampai masuk waktu subuh supaya dapat solat dulu. insyaAllah...

malam ni duk baca blog kevinzahri n link to sususejat. ye, aim untuk kurangkan berat badan untuk mencapai berat badan ideal iaitu 65 kg. sekarang berat aiman 20 kg lebih daripada yang sepatutnya (oh, patutnya malu nak share).

aiman dah buat homework untuk kurangkan berat minggu lepas. dan berikut adalah kesimpulannya:
cara kira kalori
=(10x85)+(6.25x162)-(5x24)-161
=1581.5 kCal/day

BMI
5/7/11: 32.4 (obese) berat 85 kg
5/8/11: 30.5 (obese) berat 80 kg
5/9/11: 28.6 (overweight) berat 75 kg
5/10/11: 26.7 (overweight) berat 70 kg
5/11/11: 24.8 (ideal) berat 65 kg

setakat minggu ni, dah usaha naik basikal yang tak bergerak tu, dalam seminggu ni berjaya buat 3 kali dengan minimum masa 20 minit. dan hari ni pusing kompleks sukan presint 11 sebanyak 3 lap (brisk walk).

aiman kena sentiasa memotivasikan diri untuk terus berusaha. as giving up is never an option.

i did it once before during 1st year when i succeeded to reduce my weight up to 7 kg.
however, because of poorly maintainance the healthy lifestyle and regain my weight until reach 85+-2 kg rite now.

what i did during my 1st year:
1. i'm really motivated to reduce my weight.
2. i sought advice from dietitian's husm and they give me very useful method how to count my calories intake and which type of exercise were suitable for me.
3. i never skipped my breakfast as i'll take one glass of milo+oat/nestum every day
4. i ate lots of vegetables ( until one of my fren called me 'kambing' cause i'm just ate sayur once)
5. i reduced my rice from 1 full plate--> half plate--> 1/4 of plate
6. i avoid snacking as if i felt like to i'll prepared some fruits to be eaten.
7. i'll brushed my teeth early cause after that i won't eat anymore.
8. i did brisk walk for 30 minutes. why brisk walk? cause jog was not good at all for overweight's like me (at dat time just overweight, not reached obese yet)
9. i didn't order 'masakan panas' because i couldn't control the amount, the ingredients inside.
10. i reduced intake of my lovely "minuman manis2"

so, aiman. u did know ur strength n ur weakness.

keep motivating myself and i know i can do it.
towards healthy lifestyle.
i dont want to get diabetes mellitus or gestational diabetes mellitus later on. ( i want my baby to be delivered as healthy baby like others, insyaAllah)

please pray for my success and keep motivating me. luv u guys!~

ok, da nak subuh. bersiap n solat. then tdo. hahaha (not good at all, not going to repeat this again *hope so*)

Monday, July 4, 2011

ujianMu untuk menguatkan, bukan untuk melemahkan sama sekali

bismillahirrahmanirrahim...

syukur yang amat sangat, result remedial o&g dah keluar, alhamdulillah, akhirnya Allah anugerahkan kejayaan itu padaku... setelah 4 kali aku diuji... ya Allah, aku tahu Kau sayangkan hamba-Mu yang lemah ini... ujian mu selama setahun ini, banyak mengajar aku erti kehidupan, erti kejayaan, erti kegagalan, erti tolong-menolong dan banyak lagi yang aku belajar selama setahun ini. semoga ilmu2 yang aku dapat akan digunakan sebaik mungkin buat bekalan di hari muka...

gembira memang gembira, namun hati yang gembira luluh tak terkata bila sahabat baik, teman sebilik sepanjang remedial tak berjaya mara bersama. sahabat, aku tahu ujian ini amat berat untukmu, walau aku pernah merasai nya tapi aku tahu ia tak mungkin sama sekali akan sama dengan perasaaan mu tika ini. sahabat, menangislah, lepaskan rasa kecewa mu untuk seketika. namun sahabat, janganlah kau berlama melayan rasa hati. segeralah bangkit!!! bangkit untuk buktikan pada diri bahawa kau seorang yang kuat, kau seorang yang mampu menghadapi ujian ini. sahabat, aku doakan dirimu sentiasa kuat,tabah, tenang, positif dalam menghadapi dugaan ini. kami semua sayangkan diri mu. bila diri diuji, cubalah kenang kembali senior2 kita yang diuji lebih teruk dari kita, semoga kita akan sentiasa jadi insan yang bersyukur.

sahabat,
aku amat sayangkan mu,
aku yakin, yakin dan yakin,
kau mampu mengharungi dugaan ini...

Friday, July 1, 2011

cara jawab mcq ada negative marking

assalamua'laikum wbt...
alhamdulillah remedial o&g dah berlalu,
walau apa pun keputusannya semoga itu lah yg terbaik untuk diriku.

before aku start remedial dan sehari sebelum exam remedial o&g,
aku minta pertolongan dari seorang sahabatku yasmin ilyas untuk tunjukkan aku cara2 jawab mcq. sebab dah 3 kali aku gagal mcq o&g.

berikut adalah cara2 jawab, ditulis untuk rujukan bagi aku dan siapa2 yang turut memerlukannya.

1. jawab semua soalan yang CONFIDENT sahaja untuk 1st round.
2. sambil tu yang mana tak tahu sila pangkah awal2
3. n yang mana 50-50 sila tanda bulat.
4. kalau daripada 5 stem, tahu 2 sahaja, jawab 2 tu je. lagi 3 sila tinggal.
5. kalau tahu 3, boleh lah nak attempt lagi 2. tp semalam aku attempt 1 je. yg rasa2 60% betul.
6. kalau tak ada idea langsung untuk soalan tu, aku nasihatkan jangan attempt. tp kalau nak attempt gak, attempt lah either semua true or semua false. ikut instinct, pesan yas.
7. habis jawab semua soalan (untuk 0&g ada 30), sila kira berapa markah yang akan dapat jika jwb yg confident sahaja.
8. then tengok balik yang telah dibulat. kalau jawab, n salah, berapa negative marking dpt. make sure jangan disebabkan negative marking, kita fail. kalau kira jawab semua yang bulat menyebabkan markah kita akan jadi boderline between lulus dan gagal, jangan jawab semua, aim kita nak berapa markah yang paling rendah.
9. yang paling penting untuk MCQ, jangan jawab semua.

menjawab mcq selama 1 jam, dan membuat keputusan yang yakin dan separuh yakin bagaikan sedang merawat pesakit dlm tempoh kecemasan. setiap tindakan yang diambil akan memberi impak kepada pesakit yang dirawat.

semoga aku menjadi dr. yang bertanya apabila tidak tahu dan berusaha menuntut ilmu dengan lebih mendalam untuk dipraktikkan kelak.

1 more year to go aiman mardhiyyah.
insyaAllah you can do it.

terima kasih untuk umi abah, keluarga, dan sahabat2 yang menyokong dan mendoakan saya sepenuh hati kalian...

Sunday, June 19, 2011

kamu tidak berhak untuk menjatuhkan semangat saya.

semangat, ketabahan, kesabaran ku latih pada diri setiap hari. untuk terus maju dan kekal cemerlang dalam menghabiskan sisa2 pengajian ku.

walaupun aku ulang tahun 4, tapi kamu tidak berhak untuk membuatkan aku rasa lemah dengan kata2 mu.

pertama kali aku mengalaminya selepas keluar keputusan o&g ku kali ke-3. dan aku gagal lagi. ada kata2 sumbang mengatakan aku gagal kerana cinta. walau apa pun sebab aku gagal, kamu tidak layak untuk menilai aku begitu. sampai sekarang aku masih belum tahu siapakah insan yang sanggup berkata begitu. luka ku simpan hingga hampir setahun. kadang2 berdarah namun ku masih bertahan. dgn kata2 semangat; bila kita di atas, kita disanjung, tapi bila kita di bawah, adalah biasa untuk kita dihina.

dan semalam, aku terluka lagi. bukan kerana kata2 sesiapa. tetapi impian ku seolah-olah terhalang kerana aku masih belajar. aku mula berfikir tentang masa lalu, alangkah indah kalau segala-galanya sudah selesai, semuanya menjadi mudah.

tetapi aku tahu, walau apa pun berlaku dulu, itu adalah kerana kesilapanku yang lalu. dan aku tidak mahu terus memandang ke belakang. aku sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk mencapai impianku, dan membahagiakan keluargaku. biar apa pun kata kalian, aku tetap akan bangkit walau ada tika nya aku terjatuh lagi.

untuk sahabat2 yang menganggap aku sahabat, jauhkanlah umpat keji. kerana kamu tidak tahu adakah kata2 mu akan diketahui oleh orang yg diumpat.

doakan kejayaan ku dan sahabat2 yg sedang remedial. semoga kami berjaya dgn cemerlang utk ke final year 2011/2012 dan berjaya dlm peperiksaan professional 3 2012 seterusnya mendapat MDUSM 2012.

usaha+doa+istiqamah+tawakkal= kejayaan dunia dan akhirat.

Wednesday, June 8, 2011

saya nak lulus jadi saya mesti usaha kuasa tiga

remedial o&g dah bermula, sekejap je rasa.. esok dah abis week1. maka 3 minggu lagi akan berlalu dgn pantas sekali. tiada masa utk dibazirkan. just boleh rehat kejap2. tak boleh malas2. tak boleh mengeluh. mesti RAJIN BERUSAHA. Allah dah uji untuk kali ke 4 dengan o&g, insyaAllah ada hikmah Nya yang tersembunyi. sahabat2 jgn lupa doakan kami ye!!! =D

Monday, May 30, 2011

keranamu air mataku mengalir dan aku amat takut untuk membuat ia mengalir lagi....

minggu depan, remedial o&g akan bermula bermakna ni kali ke-4 aiman melalui posting 0&g.
posting ni berlainan dengan posting2 lain. aiman pun tak tahu di mana lainnya, tapi posting ni amat mencabar untuk aiman...

ya.. aku amat takut.. bukan takut untuk mengharungi posting, tapi amat takut untuk menghadapi keputusan yang tidak dikehendaki...

doakan saya...doakan sy.. doakan lah aiman mardhiyyah mohd yazid mudah faham pelajaran sakit puan ni, mudah ingat, tajam ingatan, dikembalikan ilmu2 sewaktu diperlukan dan dianugerahkan kejayaan yang cemerlang...

aiman nak lulus o&g.. nak sangat.. ya Allah permudahkanlah urusanku...

Monday, April 18, 2011

last posting

di saat ini
sdg berposting medical.. dah 2nd week pon,
dan sahabat2ku di final year sdg berperang dgn pr0 3,
smoga dipermudahkan urusan kalian..

smoga yg terbaik buat kte ye sahabat2..
Allah tahu apa yg terbaik utk kte,
insyaAllah

Wednesday, February 9, 2011

pemergiannya ditangisi...

bismillahirrohmanirrohim...

tepat jam 1235 tengahari, 6 februari 2011, di 4 utara HUSM nenenda sebelah abah kembali ke pangkuan pencipta-Nya...

Allahyarhamah Limah bt Dollah ialah seorang ibu kepada 8 orang anak. 5 lelaki dan 3 perempuan. menjadi ibu tunggal sebelum abahku habis belajar, bekerja di pasar kuala krai bagi menyara kehidupan 8 anak2 kesayangannya. lebih mesra dengan panggilan 'Mok' oleh anak2 dan cucu-cicitnya.

Beliau seorang yang penyayang dan berjaya mendidik anak2 dan cucunya menjadi insan yang berguna, mengenal ilmu dunia dan akhirat. masih mekar diingatanku ketika aku dan adik beradikku tinggal bersama mok di pondok sungai durian. hanya bermalam untuk beberapa kali di situ. kami dibawa bersama untuk belajar agama dan paling menarik itulah kali pertama aku melihat wanita solat jumaat dan di waktu petang, kami akan bersantai dengan kopi cap badak kegemaran mok.

mok tak suka cucu2 perempuan dia memakai seluar dan naik motor. baginya, itu lebih kepada ciri2 lelaki. boleh dikatakan setiap dari kami dijaga oleh mok sewaktu bayi. anak2 mok juga selalu bawa mok berjalan2 keluar dari kuala krai.

namun, pada akhir tahun 2002 keluarga kami telah diuji. paras kolesterol mok tiba2 menjadi tinggi dan beliau diserang angin ahmar sebelah kanan badan. anak2 mok berusaha untuk merawati mok dengan pelbagai kaedah rawatan. tetapi, sembuh itu hanya dgn izin Allah setelah kita berusaha. mok terlantar di atas katil selama 9 tahun sebelum pemergiannya. sepanjang 9 tahun itu, anak2 mok berusaha untuk menggembirakan hati mok, berkhidmat padanya sebaik mungkin.

pada tahun 2008, beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana luka di belakang badannya (bed sore) walaupun kami telah menggunakan rippen mattress untuknya. setelah beberapa bulan di wad, mok didiscaj dengan sihat. alhamdulillah...

pada tahun ini, 23 januari 2011 beliau sekali lagi dimasukkan ke wad kerana masalah yang sama. namun pada kali ini, terdapat masalah pada jantung nya dan menyebabkan beliau tidak dapat melalui proses pembedahan yang sama. luka nya dirawat menggunakan 'maggot'. selain itu, kerana masalah jantungnya, doktor telah memulakan rawatan dan memerlukannya untuk diperiksa darah setiap hari. aku berulang alik dari kelas ke wad dan ke rumah sepanjang sebelum cuti raya cina. satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan bila mok tanya "mana abah aiman?" aku menjawab abah di KL. lalu segera aku dailkan untuknya nombor abahku bagi melepaskan kerinduannya. setelah perbualan berakhir mok kata pada ibu saudaraku, "yah, nak dengar lagi suara azid (abahku)" dan aku kembali mendail nombor abah. mok tanya khabar semua keluarga kecil kami dan... mok minta maaf pada semua orang... bila aku ceritakan babak itu pada ciknah ku, dia seakan terkejut. merasakan sesuatu akan berlaku. namun, aku tidak menganggap itu adalah satu petanda bahawa beliau akan pergi, pergi meninggalkan kami di dunia ini. sekembali aku dari cuti, aku lihat mok semakin letih, pernafasannya terganggu. dan keesokan hari nya keadaan semakin teruk, mok telah didiagnos oleh doktor medikal bahawa dia mendapat jangkitan kuman dalam paru2. aku risau, malah sewaktu malam terakhir itu, aku pergi ke katil mok, menyentuh tangan dan kakinya. sangat sejuk. mok memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. aku tahu, kebiasaannya pesakit yang umur sebegini, bila telah mendapat jangkitan kuman di paru2, hayat nya tidak lama. aku sangat sedih, rasa tidak sanggup meninggalkan mok malam itu. namun, bila difikirkan aku ada kelas esok hari, aku melangkah juga pulang. dengan harapan Allah masih memberi masa untuk beberapa hari. keesokan harinya doktor membuat 'round' pagi. dan masa itu, produksi air kencing mok semakin berkurangan. hati aku makin tidak selesa. adakah ini tanda2 nya.. namun, aku belum mahir dalam ilmu perubatan Mu ini.. tidak yakin dengan gerak hati sendiri. jam 1210 pm, mesej ku terima oleh abah mengatakan mok sedang di'intubate'. dan waktu itu, air mata ku terus menitis. aku tahu, masanya telah hampir. namun, aku cuba untuk menipu diri ini, dan berharap Allah masih menyelamatkan mok. akan tetapi, aku tidak dapat menolak takdir, doaku agar Allah berikan yang terbaik untuk mok. aku bergegas meninggalkan klinik menuju ke wad 4u, setibanya aku di katil mok, dr sedang melakukan CPR, mok telah diintubate. namun, tiada reaksi positif yang ku lihat. setelah beberapa ketika, dr mengatakan sesuatu yang bermaksud, mok sudah meninggal 10 minit yang lalu. air mata ku terus bergenang. terkenang segala kenangan bersama mok. aku berlalu dari katil, membawa diri untuk melepaskan emosi yang tak tertanggung. buat seketika aku menangis teresak-esak. namun, aku bangkit kembali sambil katakan pada diri, aku ingin buat sesuatu untuk mok pada waktu akhir begini. aku kembali ke katil dan menolong staff nurse menyiapkan mok untuk di bawa pulang. sehingga lah mok di simpan, aku merasakan segala-galanya berjalan lancar, dan segala urusannya dipermudah oleh Allah...

semoga amalan2 allahyarhamah diterima oleh Allah dan beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. al-fatihah...

Thursday, February 3, 2011

happy birthday to u

3 februari 1985--> 3 februari 2011 = 25 years old

happy 25th birthday to my dear MCMZ
semoga dimurahkan rezeki utk dpt keje ngn tnb
dan dicapai segala impian.

=D

Saturday, January 29, 2011

maggot treatment for wound debridement

bismillahirrahmanirrahiim...

excited nak share 1 pengalaman. skrg aiman tgh posting ortho n tgk bnyk diabetic foot yg memerlukan wound debridement (WD). (layman term: buang tisu mati) tapi skrg bkn nak cerita pasal diabetic foot, tp tntg nenek yg dimasukkan ke hospital sbb ada infected bed sore.

nak dijadikan cerita, dr plan utk buat wound debridement pd nenek tp seperti biasa prosedurnya kne screen la dulu fit ke tak utk diberi general anaesthesia (bius sampai tak sedar) tp keputusan echocardiogram (utk cek jantung) disahkan ada masalah sikit dan tak dapat proceed pada WD.

alkisahnya, mak sedara aiman yg juga seorg matron di salah sebuah hospital government mencadangkan kpd dr utk guna maggot treatment. dan aiman of coz la terkebil sbb tak pernah dgr pon treatment tu. ingatkan tu rawatan alternatif tapi rupa2nya da banyak government hospital guna treatment ni. dan maggot treatment ni jgk telah dibuat kajian oleh IMR.

aiman tgk sndiri sterile larvae yg didatangkn khas dari kl ni, dgn harga rm1 per ekor. dalam 1 vile tu ada 200, n dr guna 2 vile utk nenek. antara mode of action larva ni adalah:
The maggots have three principal actions reported in the medical literature:

* debride wounds by dissolving only necrotic, infected tissue;
* disinfect the wound by killing bacteria; and
* stimulate wound healing.
maggot ni very selective, x makan tisu2 badan yg sehat. ambk yg da mati je. so yg sehat dia tak kacau. kira baik la kan.. da ada granulation tissue senang la wound tu nak sembuh.

dan jugak maggot ni cost effective:
  • A typical chronic wound costs RM2225 to debride in the Malaysia today.
  • It takes an average of 89 days to achieve with conventional dressings.
  • Sterilarvae products cost RM200 to debride the same wounds
  • They take on average <5>
ni plk kelebihan dia:

Advantages and disadvantages of maggot debridement therapy (“MDT")

  • efficacy, as demonstrated in several small but significant controlled clinical studies.
  • Takes about 15-30 minutes to apply a secure dressing to keep the maggots in place.
  • Excellent safety record.
  • Maggots are highly perishable and should be used within 24 hours of arrival.
  • Simple enough that non-surgeons can use it to provide thorough debridement when surgery is not available or is not the optimal choice. This means that it is also possible to provide surgical quality debridement as an outpatient or in the home.
  • Low cost of treatment.

SOURCE n further reading:
sterilarvae
wikipedia

n lagi satu yg sy belajar. ada satu alat nama air ring. alat ni mak saudara sy cari sbb dr kata tmpt wound tu xleh kena pressure. so nak position snang la sket.. cari punya cari kat farmasi x jumpa. akhirnya kami pn beli la pelampung utk swimming. hehe.. hidup mesti kreatif. sy pernah tgk air ring tu sbb customer yg sy antar ke airport duk atas air ring sebagai physiotherapy utk coccyx fracture (patah tulang punggung)

as a conclusion, life is a learning process. tanpa kita sedar, kita mempelajari sesuatu yg baru dari org sekeliling kita.