Thursday, June 23, 2011
Sunday, June 19, 2011
kamu tidak berhak untuk menjatuhkan semangat saya.
walaupun aku ulang tahun 4, tapi kamu tidak berhak untuk membuatkan aku rasa lemah dengan kata2 mu.
pertama kali aku mengalaminya selepas keluar keputusan o&g ku kali ke-3. dan aku gagal lagi. ada kata2 sumbang mengatakan aku gagal kerana cinta. walau apa pun sebab aku gagal, kamu tidak layak untuk menilai aku begitu. sampai sekarang aku masih belum tahu siapakah insan yang sanggup berkata begitu. luka ku simpan hingga hampir setahun. kadang2 berdarah namun ku masih bertahan. dgn kata2 semangat; bila kita di atas, kita disanjung, tapi bila kita di bawah, adalah biasa untuk kita dihina.
dan semalam, aku terluka lagi. bukan kerana kata2 sesiapa. tetapi impian ku seolah-olah terhalang kerana aku masih belajar. aku mula berfikir tentang masa lalu, alangkah indah kalau segala-galanya sudah selesai, semuanya menjadi mudah.
tetapi aku tahu, walau apa pun berlaku dulu, itu adalah kerana kesilapanku yang lalu. dan aku tidak mahu terus memandang ke belakang. aku sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk mencapai impianku, dan membahagiakan keluargaku. biar apa pun kata kalian, aku tetap akan bangkit walau ada tika nya aku terjatuh lagi.
untuk sahabat2 yang menganggap aku sahabat, jauhkanlah umpat keji. kerana kamu tidak tahu adakah kata2 mu akan diketahui oleh orang yg diumpat.
doakan kejayaan ku dan sahabat2 yg sedang remedial. semoga kami berjaya dgn cemerlang utk ke final year 2011/2012 dan berjaya dlm peperiksaan professional 3 2012 seterusnya mendapat MDUSM 2012.
usaha+doa+istiqamah+tawakkal= kejayaan dunia dan akhirat.
Wednesday, June 8, 2011
saya nak lulus jadi saya mesti usaha kuasa tiga
Monday, May 30, 2011
keranamu air mataku mengalir dan aku amat takut untuk membuat ia mengalir lagi....
posting ni berlainan dengan posting2 lain. aiman pun tak tahu di mana lainnya, tapi posting ni amat mencabar untuk aiman...
ya.. aku amat takut.. bukan takut untuk mengharungi posting, tapi amat takut untuk menghadapi keputusan yang tidak dikehendaki...
doakan saya...doakan sy.. doakan lah aiman mardhiyyah mohd yazid mudah faham pelajaran sakit puan ni, mudah ingat, tajam ingatan, dikembalikan ilmu2 sewaktu diperlukan dan dianugerahkan kejayaan yang cemerlang...
aiman nak lulus o&g.. nak sangat.. ya Allah permudahkanlah urusanku...
Monday, April 18, 2011
last posting
sdg berposting medical.. dah 2nd week pon,
dan sahabat2ku di final year sdg berperang dgn pr0 3,
smoga dipermudahkan urusan kalian..
smoga yg terbaik buat kte ye sahabat2..
Allah tahu apa yg terbaik utk kte,
insyaAllah
Wednesday, February 9, 2011
pemergiannya ditangisi...
tepat jam 1235 tengahari, 6 februari 2011, di 4 utara HUSM nenenda sebelah abah kembali ke pangkuan pencipta-Nya...
Allahyarhamah Limah bt Dollah ialah seorang ibu kepada 8 orang anak. 5 lelaki dan 3 perempuan. menjadi ibu tunggal sebelum abahku habis belajar, bekerja di pasar kuala krai bagi menyara kehidupan 8 anak2 kesayangannya. lebih mesra dengan panggilan 'Mok' oleh anak2 dan cucu-cicitnya.
Beliau seorang yang penyayang dan berjaya mendidik anak2 dan cucunya menjadi insan yang berguna, mengenal ilmu dunia dan akhirat. masih mekar diingatanku ketika aku dan adik beradikku tinggal bersama mok di pondok sungai durian. hanya bermalam untuk beberapa kali di situ. kami dibawa bersama untuk belajar agama dan paling menarik itulah kali pertama aku melihat wanita solat jumaat dan di waktu petang, kami akan bersantai dengan kopi cap badak kegemaran mok.
mok tak suka cucu2 perempuan dia memakai seluar dan naik motor. baginya, itu lebih kepada ciri2 lelaki. boleh dikatakan setiap dari kami dijaga oleh mok sewaktu bayi. anak2 mok juga selalu bawa mok berjalan2 keluar dari kuala krai.
namun, pada akhir tahun 2002 keluarga kami telah diuji. paras kolesterol mok tiba2 menjadi tinggi dan beliau diserang angin ahmar sebelah kanan badan. anak2 mok berusaha untuk merawati mok dengan pelbagai kaedah rawatan. tetapi, sembuh itu hanya dgn izin Allah setelah kita berusaha. mok terlantar di atas katil selama 9 tahun sebelum pemergiannya. sepanjang 9 tahun itu, anak2 mok berusaha untuk menggembirakan hati mok, berkhidmat padanya sebaik mungkin.
pada tahun 2008, beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana luka di belakang badannya (bed sore) walaupun kami telah menggunakan rippen mattress untuknya. setelah beberapa bulan di wad, mok didiscaj dengan sihat. alhamdulillah...
pada tahun ini, 23 januari 2011 beliau sekali lagi dimasukkan ke wad kerana masalah yang sama. namun pada kali ini, terdapat masalah pada jantung nya dan menyebabkan beliau tidak dapat melalui proses pembedahan yang sama. luka nya dirawat menggunakan 'maggot'. selain itu, kerana masalah jantungnya, doktor telah memulakan rawatan dan memerlukannya untuk diperiksa darah setiap hari. aku berulang alik dari kelas ke wad dan ke rumah sepanjang sebelum cuti raya cina. satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan bila mok tanya "mana abah aiman?" aku menjawab abah di KL. lalu segera aku dailkan untuknya nombor abahku bagi melepaskan kerinduannya. setelah perbualan berakhir mok kata pada ibu saudaraku, "yah, nak dengar lagi suara azid (abahku)" dan aku kembali mendail nombor abah. mok tanya khabar semua keluarga kecil kami dan... mok minta maaf pada semua orang... bila aku ceritakan babak itu pada ciknah ku, dia seakan terkejut. merasakan sesuatu akan berlaku. namun, aku tidak menganggap itu adalah satu petanda bahawa beliau akan pergi, pergi meninggalkan kami di dunia ini. sekembali aku dari cuti, aku lihat mok semakin letih, pernafasannya terganggu. dan keesokan hari nya keadaan semakin teruk, mok telah didiagnos oleh doktor medikal bahawa dia mendapat jangkitan kuman dalam paru2. aku risau, malah sewaktu malam terakhir itu, aku pergi ke katil mok, menyentuh tangan dan kakinya. sangat sejuk. mok memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. aku tahu, kebiasaannya pesakit yang umur sebegini, bila telah mendapat jangkitan kuman di paru2, hayat nya tidak lama. aku sangat sedih, rasa tidak sanggup meninggalkan mok malam itu. namun, bila difikirkan aku ada kelas esok hari, aku melangkah juga pulang. dengan harapan Allah masih memberi masa untuk beberapa hari. keesokan harinya doktor membuat 'round' pagi. dan masa itu, produksi air kencing mok semakin berkurangan. hati aku makin tidak selesa. adakah ini tanda2 nya.. namun, aku belum mahir dalam ilmu perubatan Mu ini.. tidak yakin dengan gerak hati sendiri. jam 1210 pm, mesej ku terima oleh abah mengatakan mok sedang di'intubate'. dan waktu itu, air mata ku terus menitis. aku tahu, masanya telah hampir. namun, aku cuba untuk menipu diri ini, dan berharap Allah masih menyelamatkan mok. akan tetapi, aku tidak dapat menolak takdir, doaku agar Allah berikan yang terbaik untuk mok. aku bergegas meninggalkan klinik menuju ke wad 4u, setibanya aku di katil mok, dr sedang melakukan CPR, mok telah diintubate. namun, tiada reaksi positif yang ku lihat. setelah beberapa ketika, dr mengatakan sesuatu yang bermaksud, mok sudah meninggal 10 minit yang lalu. air mata ku terus bergenang. terkenang segala kenangan bersama mok. aku berlalu dari katil, membawa diri untuk melepaskan emosi yang tak tertanggung. buat seketika aku menangis teresak-esak. namun, aku bangkit kembali sambil katakan pada diri, aku ingin buat sesuatu untuk mok pada waktu akhir begini. aku kembali ke katil dan menolong staff nurse menyiapkan mok untuk di bawa pulang. sehingga lah mok di simpan, aku merasakan segala-galanya berjalan lancar, dan segala urusannya dipermudah oleh Allah...
semoga amalan2 allahyarhamah diterima oleh Allah dan beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. al-fatihah...
Thursday, February 3, 2011
happy birthday to u
happy 25th birthday to my dear MCMZ
semoga dimurahkan rezeki utk dpt keje ngn tnb
dan dicapai segala impian.
=D
Saturday, January 29, 2011
maggot treatment for wound debridement
excited nak share 1 pengalaman. skrg aiman tgh posting ortho n tgk bnyk diabetic foot yg memerlukan wound debridement (WD). (layman term: buang tisu mati) tapi skrg bkn nak cerita pasal diabetic foot, tp tntg nenek yg dimasukkan ke hospital sbb ada infected bed sore.
nak dijadikan cerita, dr plan utk buat wound debridement pd nenek tp seperti biasa prosedurnya kne screen la dulu fit ke tak utk diberi general anaesthesia (bius sampai tak sedar) tp keputusan echocardiogram (utk cek jantung) disahkan ada masalah sikit dan tak dapat proceed pada WD.
alkisahnya, mak sedara aiman yg juga seorg matron di salah sebuah hospital government mencadangkan kpd dr utk guna maggot treatment. dan aiman of coz la terkebil sbb tak pernah dgr pon treatment tu. ingatkan tu rawatan alternatif tapi rupa2nya da banyak government hospital guna treatment ni. dan maggot treatment ni jgk telah dibuat kajian oleh IMR.
aiman tgk sndiri sterile larvae yg didatangkn khas dari kl ni, dgn harga rm1 per ekor. dalam 1 vile tu ada 200, n dr guna 2 vile utk nenek. antara mode of action larva ni adalah:
The maggots have three principal actions reported in the medical literature:
* debride wounds by dissolving only necrotic, infected tissue;
* disinfect the wound by killing bacteria; and
* stimulate wound healing.
maggot ni very selective, x makan tisu2 badan yg sehat. ambk yg da mati je. so yg sehat dia tak kacau. kira baik la kan.. da ada granulation tissue senang la wound tu nak sembuh.
dan jugak maggot ni cost effective:
- A typical chronic wound costs RM2225 to debride in the Malaysia today.
- It takes an average of 89 days to achieve with conventional dressings.
- Sterilarvae products cost RM200 to debride the same wounds
- They take on average <5>
Advantages and disadvantages of maggot debridement therapy (“MDT")
- efficacy, as demonstrated in several small but significant controlled clinical studies.
- Takes about 15-30 minutes to apply a secure dressing to keep the maggots in place.
- Excellent safety record.
- Maggots are highly perishable and should be used within 24 hours of arrival.
- Simple enough that non-surgeons can use it to provide thorough debridement when surgery is not available or is not the optimal choice. This means that it is also possible to provide surgical quality debridement as an outpatient or in the home.
- Low cost of treatment.
SOURCE n further reading:
sterilarvae
wikipedia
n lagi satu yg sy belajar. ada satu alat nama air ring. alat ni mak saudara sy cari sbb dr kata tmpt wound tu xleh kena pressure. so nak position snang la sket.. cari punya cari kat farmasi x jumpa. akhirnya kami pn beli la pelampung utk swimming. hehe.. hidup mesti kreatif. sy pernah tgk air ring tu sbb customer yg sy antar ke airport duk atas air ring sebagai physiotherapy utk coccyx fracture (patah tulang punggung)
as a conclusion, life is a learning process. tanpa kita sedar, kita mempelajari sesuatu yg baru dari org sekeliling kita.
Thursday, December 30, 2010
We Are The Champions
I've paid my dues -
Time after time -
I've done my sentence
But committed no crime -
And bad mistakes
I've made a few
I've had my share of sand kicked in my face -
But I've come through
We are the champions - my friends
And we'll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions - of the world -
I've taken my bows
And my curtain calls -
You brought me fame and fortuen and everything that goes with it
-
I thank you all -
But it's been no bed of roses
No pleasure cruise -
I consider it a challenge before the whole human race -
And I ain't gonna lose -
We are the champions - my friends
And we'll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions - of the world -
i miss them...
Artis : Hafiz Hamidun
Album : Syukran
Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu
Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu
Terasa sebak didada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
setelah 4 tahun bersama, bersusah payah, mengharung kehidupan bersama. susah senang, suka dan duka bersama. study group utk exam, rehlah di pantai, genting highland, tambun... n macam2 lagi. perasaan sedih akan ditinggalkan membuatkn ak selalu menjauh... mengelak utk bersama, sedangkan dlm hati, diri ini amat rindukan rasa persahabatan itu...
semoga berjaya sahabat2ku, doakan perjalanan sahabatmu ini..
Sunday, October 31, 2010
the red warriors n kemenangan pertama piala malaysia
i juz loved to watch d football match.
bukan peminat tegar pn, juz smngt tgk final.
ye la lawan ngn pasukan sama di tambah plk last year tu tgk pemain kelate x men sungguh2.
so, tahun ni cam puas ati la tgk klw kalah pn xpe.
mmg nmpak la gaya men bola thn ni.
n siyesly kesian kat aidil zafuan. lepas dia cedera kacau bilau jadi n9.
ape pn xley la nk salahkan dia atas kekalahan ni kan?
sbb bola sepak is about teamwork.
smua org kne ada fungsi yg nyata dan jelas.
xley la nk begantung pada sorg je.
ni antara 5 bendera yg ak nmpak kamera fokus.
1. 'dero kelate of coz
2. 'dero malaysia (ada la 1)
3. 'dero pas
4. 'dero ganu (mekasih ore ganu g sokong ore timur)
5. 'dero thailand (yg ni mmg ak kagum. hehe =D)
n lastly,
tahniah buat team red warrior.
n buat peminat yg gi stadium tahniah gak sbb tunjukkan sokongan padu.
ak suka tgk lautan merah tp sgt x suka tgk lautan botol atas padang.
n thanks to my beloved MB tok guru nik aziz sbb bg cuti peristiwa esok.
maka minggu ni 3 ari je la ada klas.
jom pakat2 turun ngundi ye ore galas.
semoga kemenangan berpihak kpd mereka yg membawa islam.
Monday, October 18, 2010
semangat itu
ak cuba bangkit, menjauhkan diri dari kemurungan...
akan tetapi, kenapa?
tika saat semangat ku kembali..
ada yg cuba menjatuhkan nya.
aku ingin jadi seperti bola squash,
makin kuat aku dihentam, makin kuat aku bangkit.
Sunday, October 10, 2010
10.10.10
namun, saat ini...
ak x mampu lg..
semoga ak diberi kekuatan utk mengharung
saat2 akhir posting o&g...
ya Allah..
janganlah ak diuji melebihi kemampuanku...
Aku tiada daya..
melainkan dgn kekuatan dari-Mu
all d best to all year 4.
especially to all my group-mate
n most special to my stdy-gp-mate.
may Allah bless us.
Thursday, August 26, 2010
nikmat akal yang sihat
belajar medic ni sebenarnya sgt banyak faedahnya. belajar ttg diri sendiri, belajar ttg bagaimana badan kita berfungsi, akan menambahkan rasa syukur kita pada yg Maha Esa. melihat pesakit yg terlantar kerana kemalangan, membuatkan diri berfikir panjang, alhamdulillah, walaupun dah pernah accident 3 kali. (1. masa baby, di pangkuan umi 2.masa 1st year, still P, langgar org masa reverse sbb x tgk cermin pandang belakang 3. masa 2nd year, d most traumatic accident i experienced.kne langgar lari, masa tu mmg ingat akan mati dah) namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. kereta yg teruk masih boleh dibaiki walau berapa pn kos nya, alhamdulillah tiada luka di badan. melihat patient yg mengalami head injury, terlantar di katil, x mampu berbuat apa2, x mampu bercakap, x mampu makan dgn sendiri, buang air melalui tiub dan pampers, betapa banyak sbnrnya nikmat yg Allah berikan pada kita. namun,sedikit sekali hamba-Nya yg bersyukur..
tangan yg menaip ni pn nikmat yang nyata. musim2 nak raya ni ramai yg main mercun, berita anak2 kecil bermain mercun sehingga hampir putus jari boleh kata setiap hari terpampang di dada akhbar. syukurilah nikmat-Nya, jangan lah meletakkan diri sendiri dlm situasi yg merisikokan diri. alang2 cakap pasal mercun, sedih dgr berita kematian adik yg umur 6thn dari terengganu, bahan letupan yg disyaki mercun meletup dalam kuantiti yg banyak, menyebabkn anak kecil itu meninggal dalam keadaan yg menyayat hati. mungkin itu lah harga yg perlu dibayar oleh si bapa utk insaf, tidak terus menjual mercun.
akal, tubuh badan yg sihat, semuanya adalah nikmat daripada Allah yg Maha Esa. pesanan buat diri sendiri, sentiasalah jadi insan yg bersyukur...
alhamdulillah, nikmat paling besar adalah nikmat iman.. hidup matiku hanya untuk Islam. biiznillah.
Sunday, August 8, 2010
being loved by someone u love
selamat mencari kerja ye awk.
x kesah lah awk keje ngn felda ke, tnb ke.
tmpat tu bandar ke, kg ke.
yg penting jgn memilih.
-sy tau awk bkn jenis yg memilih keje-
semoga perjalanan yg bermula sejak 3 tahun lepas ini akan di ikat dgn lafaz sakinah bila tiba masanya.
-i love u d way u are, juz like u love me d way i am-
oh schiZo!!~
previously, mmg dah banyak kali cuba clerk pt schizo kt ward. tp setakat cuba clerk tu mmg x dapat la yg nak bg history. diam je... huu..relative pn xde utk dpt hx. klw kat clinic biasa nye pt akan dtg dgn relative. so, history lebih reliable.
ape pn, alhamdulillah, td dapat la clerk pt tu. wlpn mula2 cam tanak bg kerjasama. smpai nurse pn dtg tnya, pt ok x, klw x ok, boleh tkr pt. klw tkr pn, rasa ny sama je sbb kebanyakan pt x stable. lgpn dah sparuh jln clerk dia. so, terima je la.
then, smpai masa utk present, prof kata xley tgk clerk sheet. ok, agak tekejut. tp prof kata awk boleh buat. so, ak present je la ap yg ada dlm kepala pasal pt tu. then prof tnya smpai mx. ok abis.
komen dari prof: awk present da ok, da confident. maybe sbb dah go through year 4 sblm ni, so dah bnyk exposure. cuma bila bab utk apply kurang cekap jawab. so, kena banyak menyibuk kat ward. clerk pt then tanya HO, MO yg manage pt tu. knape, knape n kenape manage pt cam gitu.
huk2.. maka ak pn teringat la kata2 terakhir dr M kt o&g masa ak x lepas long case O&g, dr kata ak x appreciate management... huu... wat should i do ye... teori vs praktikal. hurmm!!~
Saturday, August 7, 2010
his graduation day
esok dia konvo, huu.. da konvo awk ye. rasa cam baru je lagi kenal masa nk masuk 2nd ea. and me? still have 2 more years to go. sy nak ucap TAHNIAH untuk awk. wlpn CGPA x dpt dean list, tp ada 2, 3 kali gak awk dpt dean list. mmg mantap, walau dlm kebizian bisnes n program2 kt surau.
sy pn nk konvo mcm awk, nk dapat award mcm awk. hehe.. x dpt distinction, dpt award graduation nite pn jadi. nowadays, my life is so though. smngt turun naik. tp sy tetap akan teruskn perjuangan ni.
nk grad mcm awk =D
Thursday, June 24, 2010
ujian
kadangkala ak rasa lemah
sesal x terhingga
namun masa yg telah berlalu
x dapat ditebus kembali
setahun ak berjuang di tahun 4
memastikan lulus semua posting
setelah gagal 1 posting major
0&g
disebabkan ak takut utk gagal lebih dari 1
dan alhamdulillah hanya remedial 1 posting
tapi ya Allah...
masa itu terbuang begitu sahaja
usaha ku tidak cukup
utk membuatkn ak lulus ong
maka
hukuman ini terpaksa ku terima
ulang setahun di tahun 4
betapa ak telah menyusahkan ramai orang
dan ak menyebabkan jiwaku terseksa
kerana tindakanku sendiri
kuatkan semangat ini ya Allah..
jatuh bertatih kerana alpa
bangkit dan jadikan kesilapan lalu
sebagai pengajaran.
dulu...
ak selalu berfikir
mcmane perasaan org repeat year ye..
dan,
ak ada bg nasihat utk sahabat2ku yg diuji
bnykkan bersabar, ada hikmahnya disebalik ujian itu.
kini...
setelah diuji..
sewaktu melihat result 0&g
tenang ak ucapkan
'year 4 setahun lg la ak'
dan..
pandangan ku gelap
air mata menitis
x tertanggung rasanya bebanan ini..
ak menangis spnjg mlm.
call zara,
ceritakn perasaanku padanya.
memberitahu repeat year pada parents
lebih teruk perasaannya berbanding bgtau repeat posting
ya...
kini baru ak tahu apa perasaannya...
'Allah tidak menguji seseorang melainkan dia mampu menanggungnya'
in my mind:
1.plan utk next year dah tertangguh..
i'm really sorry my dear
though i know
u'll always be there for me..
insyaAllah
2.i'll be missing
my memorable GROUP 2
serius ak syg group ni
but, i have to accept d reality
next sem ak akan dapat group baru
dgn junior2 yg sgt x ramai ak kenal
n study gp ngn zara.
3.perlu extend biasiswa jpa masa 5th year
but i still need to save
large amount of my last year jpa
in case next year lambat prosesnya
lambat setahun takpe aiman,
jangan x sudahkn langsung
semakin pahit perjalanan utk berjaya
semakin manis kejayaan itu
love me,
-Aiman Mardhiyyah-
Saturday, May 29, 2010
empathy vs sympathy
tiba2 sedang ak menolong nurse merekodkan butir2 bayi yang baru lahir, terdengar jeritan 'eclampsia' dari bilik delivery 1. ak bergegas ke sana, melihat pesakit yg sawan secara tiba2. doktor yg merawat memegang erat pesakit berkenaan dalam posisi ke kanan dibantu oleh 2 sahabatku. ak melihat semua master students bergegas mendapatkan pesakit berkenaan.
salur pernafasan dipastikan ok, ubat utk sawan dan darah tinggi diberi kepada beliau. itu adalah pertama kali ak melihat pesakit eclampsia sepanjang ak berada di posting 0&g. yang menghibakan ak ialah pesakit itu lahir pada tahun '97, ku hitung umurnya 13 thn. sebaya dgn adik perempuanku yg masih bersekolah di tingkatan 2 (adik ak masuk awal). riwayat ringkasnya, dia hadir di kecemasan kerana sakit perut, setelah scan dilakukan, terdapat bayi dikesan dalam lahirnya dan beliau terus dihantar ke bilik bersalin.
ak hampir menangis memikirkan nasib adik itu.. ya Allah, masih kecil dirinya.. apakah dosanya sehingga diuji begini. ku difahamkan dia telah dirogol oleh saudara tirinya.
peliharalah diri anda saudari ku, peliharalah diri saudara perempuan mu wahai saudara2ku. mereka insan yang lemah, tak berdaya melawan pabila didatangi lelaki yang bernafsukan syaitan.
tenangkanlah jiwa adik itu, semoga diberi kekuatan utk mengharung kehidupan di dunia ini...