lama eman tak update blog, rasa nak update ari ni. nk cerita pasal latest novel eman baca. hehe~ cuti2 ni best la baca novel, kalau tak, tak menyempat nak baca. hari isnin lepas aiman pergi MPH alamanda putrajaya, saja2 nak tengok buku. eman aim nak beli 2 buku:
- Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul (by Fatimah Syarha terbitan telaga biru)
- Jaja & Din (by noor suraya terbitan JS publisher)
1st novel disyorkan oleh seorang teman, eman beli sebab nak tahu apa isi kandungan nya. bunyi si teman cerita macam best, tu yang rasa nak baca. alhamdulillah, isinya menarik, mampat dan penuh hikmah. dalil naqli pun banyak disertakan. ceritanya? tentulah berkisar tentang kehidupan dalam memilih jodoh dan tentang kehidupan alam perkahwinan. siapa2 rasa nak baca boleh la cari kat MPH (dah cari semua kedai buku kat kb sebelum ni tapi tak ada)
2nd novel ni pula kak anith yang minta tolong beli tentunya sebab yang sama, tak ada di kedai2 buku di kb. cerita nya menarik, berkisar tentang seorang perancang iklan yang jatuh hati setelah melihat gambar seorang ustaz. gambar tu teman sekerjanya ambil secara candid untuk pengiklanan. setelah 2 tahun mencari ustaz ni, ditemukan juga mereka berdua. dek kerana terlalu cintakan ustaz tu, jaja minta mama papa nya pinang ustaz itu untuk nya. walaupun kehidupan mereka jauh berbeza, jaja dah tak kisah kerana cintanya. dan alhamdulillah, lamaran diterima. jaja dididik penuh hikmah oleh suaminya. walaupun ia sekadar novel namun tak mustahil berlaku di alam nyata. penulis pun banyak buat rujukan kitab2 untuk siapkan novel nya. eman bagi thumbs up untuk novel ni.