ak ke bilik bersalin utk hadir ke kelas yg dijadualkan namun telah dibatalkan atas sebab dr sgt sibuk. setelah penat menunggu dr, ak keluar dari bilik rehat dan melihat2 sekitar bilik bersalin. ada satu pesakit di bilik 'normal delivery' 2 pesakit di bilik 'epidural'. bilik2 lain kosong nampaknya.
tiba2 sedang ak menolong nurse merekodkan butir2 bayi yang baru lahir, terdengar jeritan 'eclampsia' dari bilik delivery 1. ak bergegas ke sana, melihat pesakit yg sawan secara tiba2. doktor yg merawat memegang erat pesakit berkenaan dalam posisi ke kanan dibantu oleh 2 sahabatku. ak melihat semua master students bergegas mendapatkan pesakit berkenaan.
salur pernafasan dipastikan ok, ubat utk sawan dan darah tinggi diberi kepada beliau. itu adalah pertama kali ak melihat pesakit eclampsia sepanjang ak berada di posting 0&g. yang menghibakan ak ialah pesakit itu lahir pada tahun '97, ku hitung umurnya 13 thn. sebaya dgn adik perempuanku yg masih bersekolah di tingkatan 2 (adik ak masuk awal). riwayat ringkasnya, dia hadir di kecemasan kerana sakit perut, setelah scan dilakukan, terdapat bayi dikesan dalam lahirnya dan beliau terus dihantar ke bilik bersalin.
ak hampir menangis memikirkan nasib adik itu.. ya Allah, masih kecil dirinya.. apakah dosanya sehingga diuji begini. ku difahamkan dia telah dirogol oleh saudara tirinya.
peliharalah diri anda saudari ku, peliharalah diri saudara perempuan mu wahai saudara2ku. mereka insan yang lemah, tak berdaya melawan pabila didatangi lelaki yang bernafsukan syaitan.
tenangkanlah jiwa adik itu, semoga diberi kekuatan utk mengharung kehidupan di dunia ini...