Saturday, December 13, 2008

metachromatic leukodystrophy

novel zuriat karya norzalina nordin memaparkan kisah benar ttg nasib keluarga yg diuji Allah SWT dgn penyakit genetik. pasangan suami isteri, mohammad dan kamariah mempunyai masalah gene yg tidak memberi kesan kepada mereka namun telah menyebabkan kelima-lima anak mereka mengalami MLD. 4 drpd 5 org anak mereka telah meninggal dunia. manakala, anak ke-5 perlu ambil ubat2an sepanjang hayat utk pemindahan tulang sum-sum yg dilakukan sewaktu berumur 5 thn. utk cte selanjutnye boleh la baca sendiri novel ni. ingt nk tulis pnjg lg, tp x larat la plk. hehehehe~

MLD merupakan salah satu antara penyakit genetik yg termasuk dlm kumpulan leukodystrophies. Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan enzim arylsulfatase A. Kekurangan enzim ini menyebabkan kerosakan dalam pembinaan myelin sheath, yang bertindak sebagai penebat di sekeliling serat saraf. Myelin yang memberi warna kepada serat putih dalam otak kita adalah satu bahan yg kompleks kerana terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 jenis enzim yang berlainan. MLD adalah salah satu penyakit yang menyebabkan penyimpanan lemak seterusnya menyebabkan toksik yang terdiri daripada lemak tersimpan di sistem saraf, hati, dan ginjal.

No comments: