assalamualaikum untuk pengguna internet sekalian..
hari ni saya nak kongsi satu pengalaman hidup yang memberi pengajaran kepada saya. semoga pengalaman ini dijadikan peringatan untuk kalian semua.
ceritanya bermula begini...
saya baru habis exam untuk 1st year medical student dan ambil keputusan untuk melawat 2-3 universiti yang ada di malaysia. saja.. nak tengok life mereka mcmane.
puduraya, 2007.petang.
saya baru sampai dari penang setelah melawat usm transkerian dan dalam perjalanan ke uitm shah alam untuk bertemu sahabat saya di sana. saya masih ingat keadaan hingar-bingar di puduraya pada masa itu. dan nasib malang saya bermula apabila... saya bertanyakan seorang individu cara untuk ke shah alam. selepas dia terangkan kepada saya, dia promote barangan CELCOM yg dijual. masa tu saya menggunakan maxis. setelah dapat penjelasan bahawa nombor tersebut ialah nombor prepaid, saya turunkan tanda tangan(sbb time tu prepaid pun dah kena register), bayar rm5. (dia kata bayaran rm10 sebenarnya, tp saya kata saya tak ada duit. tu je yang saya boleh bayar, dan mereka kata ok, mereka terima.. nape saya x terfikir apa2 ye time ni?) saya dapatkan sim kad saya dan meneruskan perjalanan ke uitm.
uitm shah alam. malam
setelah sampai di sana. saya mencuba nombor yang baru dibeli. akan tetapi, yang keluar ialah sim card is not registered. saya terfikir. owh.. kena tipu. what a waste of rm5. tp biarlah. malas nak fikir. tak ada rezeki. dan saya simpan nombor tu dalam dompet, x buka2.
berakhir exam pro1. tgh kemas barang.
time kemas2 barang, saya nampak simkad yang saya beli dari penipu. saya dah tak cek simkad tu. terus buang.
cuti end of year 1 M.D
saya dapat bil dari celcom mengatakan bil yang perlu dibayar berjumlah rm276.43 sen atas nama saya. tapi.. sejak bila nama saya aimah?? yang lain exactly identiti saya. saya keliru. sejak bila saya daftar postpaid??? saya tahu saya tak mampu untuk daftar postpaid dengan sumber kewangan yang saya ada. saya mula terfikirkan sim kad yang pernah dibeli 3 bulan yang lepas. (saya tak tahu pun nombor untuk simkad berkenaan) dan saya yakin itulah jawapan nya. (bil tersebut adalah bil ke-3. 2 bil sebelumnya kakak saya ada dapat tapi dia decide taknak beritahu saya takut mengganggu kosentrasi saya menghadapi exam)
25 jun 2007
setelah berbincang dengan ibu saya, saya buat keputusan untuk buat laporan polis untuk mengatakan saya telah ditipu dan saya berhak untuk tidak membayar bil berkenaan. caj yang dikenakan hanyalah caj perkhidmatan. obviously, celcom not served me anything. perkara yang mengejutkan saya masa buat laporan polis ialah, polis kata perkara ini sangat kerap berlaku. sangat kerap. i'm one in a million maybe. tu baru kb. x kira lagi negeri2 lain yang ada kat malaysia ni. setelah laporan polis dibuat, saya ke celcom cawangan kota bharu di sri cemerlang. selepas tunjuk laporan polis dan bil dia kata ok setel.
2009
saya nak daftar nama untuk plan celcom 1+5 tapi disahkan nama saya ada dalam blacklist kerana ada tunggakan. ok. ni wat saya terkejut. saya ke pejabat celcom bersebelahan untuk dapat penerangan tentang perkara ini. dan jawapan mereka: bil tetap kena bayar. mereka hanya hentikan operasi nombor berkenaan sahaja sebelum ni. (walaupun dengan laporan polis bahawa saya telah ditipu) ok. saya decide untuk tidak bayar. celcom did not deserve the money. kalau tak dapat duit tu. mereka tak rugi apa2 pun. they juz make more money from that. habis la sape kerja ngan celcom. korang makan duit yang... hahahalal ke?? hasil penipuan. sila fikir sendiri. i'm not the only victim ok??? i'm one in hundred, thousand or maybe million.
6 april 2010
saya mendapat panggilan telefon daripada dealer celcom. not their lawyer. tanya tentang bil berkenaan. saya jelaskan keadaan sebenar dan dia kata saya perlu setelkan dengan cawangan celcom berdekatan. ok. dats make me hot again! saya cuba bertenang dan call celcom'care'line 1111. jawapan yang diberi adalah sama. i still need to pay. huh!!!!
i cried...
jumlah tu banyak. kenapa saya kata banyak?? sebab saya tak guna nombor tu. kalau saya guna, banyak pun saya akan bayar laaa!!! saya rasa saya adalah pengguna yang dibuli dan dizalimi oleh celcom. memang celcom kata itu disebabkan dealer yang tak bertanggungjawab. tp saya tetap rasa celcom boleh batalkan bil tu sebab dia tak bagi apa2 perkhidmatan kepada saya. celcom tak rugi apa2 pun.
saya bincang dengan seseorg. dia kata.. bayar je lah. kalau tak banyak implikasi nya. setelkan kes.i cried... kenapa saya perlu mengalah?? kenapa?? kenapa celcom sangat ego sedangkan mereka tak rugi apa2?? price to pay for being a dumb at that 10 minutes moment at puduraya. mesti banyak celcom wat duit daripada mangsa seperti saya ni.
ok, celcom. saya akan pergi bayar hari ini. jumlah yang korang nakkkkk sangat. tp saya tetap tak redha duit tu korg dapat. jawablah di hari kebangkitan kelak.
pengajaran hidup: jangan mudah percayakan dealer2 yang kat tepi jalan ke, dalam pejabat mewah ke. selagi anda semua tak faham terms and condition yang ditetapkan. signature anda, salinan ic anda sangat berharga. percayalah, anda akan menyesal seperti saya jika mudah percayakan orang.
No comments:
Post a Comment