boleh kata skrg ni dalam sebulan mesti ada berita org mengamuk, yg terdiri daripada pesakit mental. yg latest sekali berita ayah sembelih anak 3 thn. dgr tajuk berita pun dah meremang bulu roma. ikut akal yg sihat tentu si ayah x akan terfikir pn bahawa dia akan melakukan perkara sebegitu. namun, ujian Allah itu berbeza pada setiap manusia. walaupun kita punya badan yg sihat, namun pabila nikmat akal yg sihat ditarik, itulah salah satu perkara yg mungkin berlaku.
belajar medic ni sebenarnya sgt banyak faedahnya. belajar ttg diri sendiri, belajar ttg bagaimana badan kita berfungsi, akan menambahkan rasa syukur kita pada yg Maha Esa. melihat pesakit yg terlantar kerana kemalangan, membuatkan diri berfikir panjang, alhamdulillah, walaupun dah pernah accident 3 kali. (1. masa baby, di pangkuan umi 2.masa 1st year, still P, langgar org masa reverse sbb x tgk cermin pandang belakang 3. masa 2nd year, d most traumatic accident i experienced.kne langgar lari, masa tu mmg ingat akan mati dah) namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. kereta yg teruk masih boleh dibaiki walau berapa pn kos nya, alhamdulillah tiada luka di badan. melihat patient yg mengalami head injury, terlantar di katil, x mampu berbuat apa2, x mampu bercakap, x mampu makan dgn sendiri, buang air melalui tiub dan pampers, betapa banyak sbnrnya nikmat yg Allah berikan pada kita. namun,sedikit sekali hamba-Nya yg bersyukur..
tangan yg menaip ni pn nikmat yang nyata. musim2 nak raya ni ramai yg main mercun, berita anak2 kecil bermain mercun sehingga hampir putus jari boleh kata setiap hari terpampang di dada akhbar. syukurilah nikmat-Nya, jangan lah meletakkan diri sendiri dlm situasi yg merisikokan diri. alang2 cakap pasal mercun, sedih dgr berita kematian adik yg umur 6thn dari terengganu, bahan letupan yg disyaki mercun meletup dalam kuantiti yg banyak, menyebabkn anak kecil itu meninggal dalam keadaan yg menyayat hati. mungkin itu lah harga yg perlu dibayar oleh si bapa utk insaf, tidak terus menjual mercun.
akal, tubuh badan yg sihat, semuanya adalah nikmat daripada Allah yg Maha Esa. pesanan buat diri sendiri, sentiasalah jadi insan yg bersyukur...
alhamdulillah, nikmat paling besar adalah nikmat iman.. hidup matiku hanya untuk Islam. biiznillah.
1 comment:
nice post :)
Post a Comment