Sunday, June 19, 2011

kamu tidak berhak untuk menjatuhkan semangat saya.

semangat, ketabahan, kesabaran ku latih pada diri setiap hari. untuk terus maju dan kekal cemerlang dalam menghabiskan sisa2 pengajian ku.

walaupun aku ulang tahun 4, tapi kamu tidak berhak untuk membuatkan aku rasa lemah dengan kata2 mu.

pertama kali aku mengalaminya selepas keluar keputusan o&g ku kali ke-3. dan aku gagal lagi. ada kata2 sumbang mengatakan aku gagal kerana cinta. walau apa pun sebab aku gagal, kamu tidak layak untuk menilai aku begitu. sampai sekarang aku masih belum tahu siapakah insan yang sanggup berkata begitu. luka ku simpan hingga hampir setahun. kadang2 berdarah namun ku masih bertahan. dgn kata2 semangat; bila kita di atas, kita disanjung, tapi bila kita di bawah, adalah biasa untuk kita dihina.

dan semalam, aku terluka lagi. bukan kerana kata2 sesiapa. tetapi impian ku seolah-olah terhalang kerana aku masih belajar. aku mula berfikir tentang masa lalu, alangkah indah kalau segala-galanya sudah selesai, semuanya menjadi mudah.

tetapi aku tahu, walau apa pun berlaku dulu, itu adalah kerana kesilapanku yang lalu. dan aku tidak mahu terus memandang ke belakang. aku sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk mencapai impianku, dan membahagiakan keluargaku. biar apa pun kata kalian, aku tetap akan bangkit walau ada tika nya aku terjatuh lagi.

untuk sahabat2 yang menganggap aku sahabat, jauhkanlah umpat keji. kerana kamu tidak tahu adakah kata2 mu akan diketahui oleh orang yg diumpat.

doakan kejayaan ku dan sahabat2 yg sedang remedial. semoga kami berjaya dgn cemerlang utk ke final year 2011/2012 dan berjaya dlm peperiksaan professional 3 2012 seterusnya mendapat MDUSM 2012.

usaha+doa+istiqamah+tawakkal= kejayaan dunia dan akhirat.

3 comments:

tronx013 said...

Salam,

Ezzudin Bin Aman pernah mengingatkan aku ketika aku membuat blog, ketika aku tulis betapa sakitnya hati aku menjlani kehidupan di alam universiti.

Katanya,

" sekuat mana nyalakan serigala di atas gunung,sedikit pun tidak pernah menggoyangkan gunung. Sehingga hilang suaranya, Gunung tetap teguh. Begitulah suara yang jahat, ia hanya suara. Suara yang tak mampu berbuat apa melainkan kita yang terpedaya menerimanya dalam hati kita. "

Anggaplah pengalaman lalu untuk menjadi kita lebih kuat, sedia menerima pengalaman baru, sedia berubah menjadi lebih baik.

Teruskan saja. Fokus untuk exam remedial!!! Buat latihan sebanyak mungkin dan buktikan komitmen yang baik semasa posting remedial. Jangan ada attitude problem. :)

Unknown said...

Aiman pedulikan semua kata-kata yang mengata.
Aiman perlu kuat semangat! Kita yang diuji lain dari orang lain ni, tak perlu puas asa sebab kata-kata orang lain. Mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa. Kita nampak teguh tapi hati kita jugak lembut.Kita juga sedih bila diuji sebegini.

Aiman jangan patah semangat.Insyaallah ada benda yang terbaik buat kita selepas ini

poiuytrewq said...

' cinta dan kasih sayang tu memberi kekuatan... '
pepatah dikutip daripada status GT ayenaelnour.. =)