Thursday, July 30, 2009

end of posting n hang-out with best friends

alhamdulillah, hari ni habis posting psychiatry. exam end of posting yg merangkumi long case dan mcq telah pun berlalu. bak kata yasmin "finished already". semoga lulus lah posting ni. tp risau gak, level pengetahuan mcm sikit je bertambah sepanjang posting ni. pengalaman clerk pt psychi pn best. bila fikir balik, nikmat akal yg sihat ni sgt besar. walaupun tubuh badan secara fizikal nya sihat, namun akal yg rosak menyebabkan seseorang tidak mampu menjalankan tugas harian dengan baik. alhamdulillah..

ptg td, lepas antar report neurosis n buku log di department psychiatry aiman kuar ngn nadia. agak lewat kami keluar, dlm 630 p.m baru sampai di kbmall. jumpe dila kat kfc baru pas tapau ayam utk org kat umah. then, kami yg kehungryan ni pilih rasamas utk makan n bersembang. mcm biasa la bila jmpe kawan rapat, mcm2 nk dicerita. dari h1n1 yg menyebabkan diorg ada kat kb skrg smpai la cte2 lain. selesai makan, nadia nak beli beg. nasib baik ada yg bekenan, klw x pusing 1 kbmall la.. then, kami naik tingkat atas utk solat maghrib.

selesai solat, balik umah dila ngn jalan kaki sbb ma nadia akan ambk kat umah dila. then, kami gi plk pantai timur beli barang skt. sambil2 bersembang, nadia tanya 1 soalan
"bila kte keje nnt, boleh lagi ke kte kuar cam skrg?"
aiman hanya jawab "ntahla nad.. ak pn xtau"

persahabatan yang telah terjalin antara kami sejak tahun 2000 smpai sekarang dan aiman harap akan kekal utk selamanya. banyak pahit manis dalam persahabatan kami. perselisihan faham yg mematangkan hubungan sebab bila kte tahu kte salah, kte akan cuba sedaya upaya utk tidak mengulang kesilapan yang sama.

dat's all..

lebih baik diam dari sakitkan hati orang

bergurau, menegur biarlah pada tempatnya. jaga lah mulut anda. bak kata org melayu dulu2

kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

peringatan buat diri sendiri dan sahabat2.

Friday, July 17, 2009

alhamdulillah, terjawab sudah segala persoalan.

Cik Aiman

Terima kasih di atas emel anda.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika cuba berurusan dengan cawangan kami.

Maklumbalas anda amatlah kami hargai di dalam usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami kepada pelanggan. Pihak kami sentiasa berusaha untuk menangani isu ini bagi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah memuaskan.

Justeru itu, pihak kami ingin menerangkan bahawa pelanggan hanya digalakkan untuk mengambil insurans dengan pihak Bank. Walaubagaimanapun, ini tidak merupakan suatu syarat yang ditetapkan untuk membuka akaun. Oleh itu, pihak kami telah mengajukan perkara ini ke bahagian pengurusan cawangan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda terhadap Maybank.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi kami di 1300 88 66 88 (24 jam, 7 hari seminggu)


Terima Kasih,
Ratna
Maybank Group Customer Care




m2u@maybank.com.my

07/16/2009 03:39 PM

Alhamdulillah...

Kesimpulannya, jika anda berasakan HAK anda telah DINAFIKAN, jangan takut untuk MENYATAKAN KEBENARAN.

Thursday, July 16, 2009

Persoalan tentang maybank

Assalamu’alaikum w.b.t

Pada hari ini (16 Julai 2009) saya telah ke dua cawangan Maybank di Wakaf Siku dan Telipot, Kota Bharu, Kelantan untuk membuka akaun simpanan. Walaubagaimanapun, niat saya terbantut apabila kakitangan bank berkenaan mewajibkan saya mendaftar insuran sebagai pakej untuk pendaftaran. RM 30 akan dipotong dari akaun saya untuk insuran berkenaan bagi setiap bulan. Oleh sebab saya sudah mendaftar dengan syarikat insuran lain, saya menolak tawaran berkenaan. Namun, saya diberitahu saya hanya boleh mendaftar dengan maybank jika saya mengambil insuran berkenaan. Saya juga disyorkan oleh staff maybank untuk mendaftar insuran tersebut terlebih dahulu dan membatalkan insuran berkenaan kemudian hari. Soalan saya:

1. Adakah pendaftaran akaun di bank-bank lain turut mewajibkan saya mendaftar insuran?
2. Adakah saya tidak berhak untuk menolak tawaran insuran dari maybank?
3. Apakah beza antara tidak mengambil insuran pada awal pendaftaran dengan membatalkan insuran di kemudian hari?

Semoga persoalan-persoalan saya dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Aiman Mardhiyyah bt. Mohd Yazid
salamzzz@hotmail.com
Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday, July 15, 2009

psychiatry posting (5/4-30/4/2009)

tahun 1, 2 dan 3 yang telah berlalu. hanya tinggal 2 tahun utk memastikan diri aiman competent utk jd seorang doktor. insyaAllah

alhamdulillah.. kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 4 telah bermula sejak minggu lepas. dah x ada lecture spt zaman phase 1 n 2. phase 3 lebih ke arah klinikal sbg persiapan utk menjadi doktor yg competent. dgn cara belajar yg berbeza dan lebih ke arah atas diri sendiri, aiman agak terkejut dgn suasana baru ni. sekarang masih dalam proses adaptasi. insyaAllah, by the end of this week dpt terima perubahan baru ni. utk mn2 sahabat yg rapat yg aiman x dpt bahagi masa cm dulu, mintak maaf bnyk2. bukan nk membzkan diri. tp, masih dlm proses belajar membahagi masa dgn baik. terima kasih buat yg memahami aiman.



utk pngetahuan sahabat2, aiman brada dlm group 2, tahun4, phase 3, sidang 09/10. dan 1st posting gp kami ialah psychiatry. org kata posting ni senang sebab keje nye bersembang ngn pt je. mmg tu realiti nya, kami xde on call cam sahabat2 dlm posting len. tp, klw sape2 nk gi clerk pt malam2 tu terpulang pd diri masing2. yg penting kne balik b4 930 supaya boleh bg peluang utk pt berehat.


pengalaman masa minggu pertama posting psychiatry, agak mendebarkan sbb stigma2 yg dah tertanam dlm fikiran sblm2 ni. tp, aiman perlu belajar utk jd non-judgemental, no bias towards patient. dlm posting psychiatry ni, yg pntg revise balik note block psychiatry masa 3rd ea n mesti ingt balik phenomenology yg ada utk memudahkan diri paham ape yg patient ckp.


habis minggu ni, tnggal 2 mnggu lg posting psychiatry. 4th week nnt ada end of posting exam mcq n long case. semoga masa yg bersisa dpt digunakan sebaiknya. dan semoga aiman mardhiyyah mohd yazid lulus posting psychiatry. amiiinnn...


antara buku teks yg digunakan. ada lg buku rujukan yg pnjm dr library. hehe~ tp baru baca bp helai je.

log book yg WAJIB dicompletekan sebelum exam end of posting.
2 cases write-up, 10 cases presentation, at least 8/10 procedures completed, at least 1 dcp/tutorial presented n at least 2 meetings with supervisor.