Thursday, July 16, 2009

Persoalan tentang maybank

Assalamu’alaikum w.b.t

Pada hari ini (16 Julai 2009) saya telah ke dua cawangan Maybank di Wakaf Siku dan Telipot, Kota Bharu, Kelantan untuk membuka akaun simpanan. Walaubagaimanapun, niat saya terbantut apabila kakitangan bank berkenaan mewajibkan saya mendaftar insuran sebagai pakej untuk pendaftaran. RM 30 akan dipotong dari akaun saya untuk insuran berkenaan bagi setiap bulan. Oleh sebab saya sudah mendaftar dengan syarikat insuran lain, saya menolak tawaran berkenaan. Namun, saya diberitahu saya hanya boleh mendaftar dengan maybank jika saya mengambil insuran berkenaan. Saya juga disyorkan oleh staff maybank untuk mendaftar insuran tersebut terlebih dahulu dan membatalkan insuran berkenaan kemudian hari. Soalan saya:

1. Adakah pendaftaran akaun di bank-bank lain turut mewajibkan saya mendaftar insuran?
2. Adakah saya tidak berhak untuk menolak tawaran insuran dari maybank?
3. Apakah beza antara tidak mengambil insuran pada awal pendaftaran dengan membatalkan insuran di kemudian hari?

Semoga persoalan-persoalan saya dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Aiman Mardhiyyah bt. Mohd Yazid
salamzzz@hotmail.com
Kota Bharu, Kelantan.

2 comments:

www.sirihgambir.blogspot said...

saya bukan orang maybnk.tapi sy rasa x boleh mcm tu.kita sebagai hak pengguna boleh menentukan dimana tempat pelaburan yang kita inginkan...x pernah sy dengar sebelum nih.sy baru mahu buka insuran di maybank.....tp sy perlu mengkaji lebih mendalam lg kepentingan sesebuah organisasi didlm tarikan nya kpd pelanggan tenteng insuran..

sekacip said...

sy bukan org mybank......tp sy rasa kita sbagai pengguna berhak menentukan tempat yang terbaik untuk membuat penyimpanan.sy x pernah lg dngar sebelum nih.sy juga baru nak buka insuran di maybank tp sy perlu mengkaji lg apakah insuran yang ada di sesebuah orginasasi betul2 menawarkan dan memberi servis yang baik kpd pelangannya.