Friday, July 17, 2009

alhamdulillah, terjawab sudah segala persoalan.

Cik Aiman

Terima kasih di atas emel anda.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika cuba berurusan dengan cawangan kami.

Maklumbalas anda amatlah kami hargai di dalam usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami kepada pelanggan. Pihak kami sentiasa berusaha untuk menangani isu ini bagi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah memuaskan.

Justeru itu, pihak kami ingin menerangkan bahawa pelanggan hanya digalakkan untuk mengambil insurans dengan pihak Bank. Walaubagaimanapun, ini tidak merupakan suatu syarat yang ditetapkan untuk membuka akaun. Oleh itu, pihak kami telah mengajukan perkara ini ke bahagian pengurusan cawangan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda terhadap Maybank.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi kami di 1300 88 66 88 (24 jam, 7 hari seminggu)


Terima Kasih,
Ratna
Maybank Group Customer Care




m2u@maybank.com.my

07/16/2009 03:39 PM

Alhamdulillah...

Kesimpulannya, jika anda berasakan HAK anda telah DINAFIKAN, jangan takut untuk MENYATAKAN KEBENARAN.

No comments: