Monday, July 4, 2011

ujianMu untuk menguatkan, bukan untuk melemahkan sama sekali

bismillahirrahmanirrahim...

syukur yang amat sangat, result remedial o&g dah keluar, alhamdulillah, akhirnya Allah anugerahkan kejayaan itu padaku... setelah 4 kali aku diuji... ya Allah, aku tahu Kau sayangkan hamba-Mu yang lemah ini... ujian mu selama setahun ini, banyak mengajar aku erti kehidupan, erti kejayaan, erti kegagalan, erti tolong-menolong dan banyak lagi yang aku belajar selama setahun ini. semoga ilmu2 yang aku dapat akan digunakan sebaik mungkin buat bekalan di hari muka...

gembira memang gembira, namun hati yang gembira luluh tak terkata bila sahabat baik, teman sebilik sepanjang remedial tak berjaya mara bersama. sahabat, aku tahu ujian ini amat berat untukmu, walau aku pernah merasai nya tapi aku tahu ia tak mungkin sama sekali akan sama dengan perasaaan mu tika ini. sahabat, menangislah, lepaskan rasa kecewa mu untuk seketika. namun sahabat, janganlah kau berlama melayan rasa hati. segeralah bangkit!!! bangkit untuk buktikan pada diri bahawa kau seorang yang kuat, kau seorang yang mampu menghadapi ujian ini. sahabat, aku doakan dirimu sentiasa kuat,tabah, tenang, positif dalam menghadapi dugaan ini. kami semua sayangkan diri mu. bila diri diuji, cubalah kenang kembali senior2 kita yang diuji lebih teruk dari kita, semoga kita akan sentiasa jadi insan yang bersyukur.

sahabat,
aku amat sayangkan mu,
aku yakin, yakin dan yakin,
kau mampu mengharungi dugaan ini...

No comments: