Saturday, November 14, 2009

think positive, be positive, act positively =D

bismillahirrahmaanirrahiim...
i've learnt few things from previous postings n as conclusion:

i MUST at least:
1. read 1 disease/day
2. read and do 1 procedure/day
3. clerk and read common disease.

ya Allah.. permudahkanlah perjalanan hidup aiman mardhiyyah bt mohd yazid sebagai pelajar perubatan. permudahkanlah kefahamanku ttg ilmu-Mu yg sgt luas.. amiin..

xnak wat ummi abah sedih!
aim: melihat air mata kegembiraan ummi abah.

i'll do my best in surgery posting, insyaAllah =D

Friday, October 16, 2009

my 22nd bufdae

alhamdulillah, tanggal 10 oktober 2009 yg lalu, eman menyambut hari lahir yg ke-22 bermakna, semakin singkat lah sisa usia eman yg tinggal. (however, still waiting for 10/10/2010). ptg 9hb tu sebenarnya dah plan nak balik rumah, ye la.. org rumah dekat kn?? hehehe~ nak balik basuh baju la kononnya. tp my special told me that "betul ke awk nk balik ni?? kan kwn2 awk nk wat suprise malam ni. hehe~ awk wat la tekejut bila diorg wat" ishh!! ada patut pk org nk wat suprise utk kte. pasan betul. eman balas "klw xde suprise mlm ni, awk kne beli kek besar2 utk sy, sbb dah bg harapan pd sy" =D

on dat night, i'm so tired. yelah, oncall + jaga gerai time htd + angkat barang wat balik ke nurani. sampai dah tetido pn kejap. balik dari antar brg around 11.50 pm eman gi mandi dulu. yela, badan penat n berpeluh. mana la selesa nak tidur dgn gembiranya. masa tgh sy0k mandi, dgr la jgk bising2 kat luar. ape la bdk2 ni buat x tdo lg+wat bising lak tu. ish3~ tgh2 mandi tu, ada la gak tebayang kot2 la my sahabat2 duk wat surprise kat bilik eman cam masa birthday zara last year. (SS lg =P)

after 30 mnt, eman kuar dari toilet dan tgk bilik dari jauh. kot2 bnyk selipar. hehehe (still mengharap) tapi.. yg musyyyyykillll nye, ape hal banyak sgt selipar kat pintu jiran2 eman nih. biasanya, depan bilik diorg takkan lebih dari 3 pasang kasut yg ada. ape la kwn2 diorg wat dalam bilik tgh2 malam nih.

then, i opened my door's room as usual dan sangattt tekejut bila tgk ramai org. bkn pe~ keadaan x sesuai. hahahaha~ (nasib baik awk. klw x kena beli kek besar2 utk sy) lepas siap solat, sesi birthday party pn bermula. macam biasa, kek dipotong kpd 8 bahagian dan kami pakat makan ramai2 guna garpu atas papan kek. terima kasih sahabat, utk suprise birthday party, walaupun cam dah bleh bajet. =P

utk semua insan dalam hidup eman:

1. msj utk ummi abah: terima kasih kerana melahirkan aiman dan membesarkan aiman dgn penuh kasih sayang. jasa umi abah tak mungkin dapat aiman balas utk selamanya. sayang umi abah.

juz after d msg, eman got call from ummi:
ummi: " happy birthday aiman! dah tua dah aiman. umur berapa dah ye??
aiman: "dah 22 umi. heheehe~"
ummi: "dah tua dah ni"
aiman: "mana ada tua, matang la mi"
ummi: "semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan (something like that, not really remembe d words said by umi)"
aiman: thanks umi
ummi: assalamualaikum
aiman: waalaikumussalam

then, dpt lak msg dari abah:
"sama2. selamat hari lahir. semoga sentiasa berbahagia dan berjaya dalam melalui segala cabaran dan ujian. insyaAllah"

2. my best frensss

bee: "(hehe~)"
nadia: "(hehe~)"
dayah: "buat cik aiman mardhiyyah, hepi 22nd bfday"
key: "hepi bday dear~ moge sihat selalu n pjg umo :)"
dilla: "its been a long n tiring week, n i know at some point i'd breakdown... that's when i completely clueless of the day n date... N it happen on ur brthday... I screwed up real bad.. I'm terribly sorry.. Happy belated brthday.. May Allah bless u.. N i luv u, n never meant 2 hurt u.."

it's ok my dear, for being late. sayang korang~~ muahhxxx!!!

3. my heart~

him: "( rahsia~)"sebelum wrapper dibuka
selepas wrapper dibuka =D

4. ciknah (mak saudara eman yg sama birthday dgn eman. beza umur kami 37 thn)

sms from ciknah: "wishing u a happy birthday. D doakan beroleh kejayaan dunia n akhirat. Salam"

but, sadly, eman tak menyempat nak reply msg ciknah. sempat wish masa afwan call ciknah je. mintak maaf yee ciknah sebab lambat wish.

5. all d wishes from facebook, sms, friendster.

terima kasih banyak2 atas ingatan kalian.

actually, takde gambar utk di upload. sbb gambar nya Alia Fahizha yg ambik. jd kena tnggu dia bg gmbr dulu.

akhir kata, semoga ibadah semakin bertambah seiring dengan berkurangnya usia.


the most special gift i got this year =D

Tuesday, September 8, 2009

istiqamah=konsisten

bismillahirrahmanirrahim...

bila bercakap ttg istiqamah, kita tahu akan ertinya adalah melakukan sesuatu secara kadar yg berterusan. mengikut hukum fiziknya tidak berkadar songsang lah.

macam mana nk istiqamah ye? sama ada dalam ibadah seharian atau pun belajar (belajar pn ibadah gak). hari ni kte study mcm2. banyak note di buat, mcq di jawab, pt di clerk n so on. tp esoknya, graf menurun dgn mendadak kemudian mendatar dan naik dgn mendadak kembali. begitulah pola nya.

sape ada tips utk belajar dgn konsisten?
really need ur tips.

-sharing is caring-

Saturday, August 1, 2009

5 prinsip hidup org islam

1. Allah matlamat kami
2. Rasullullah S.A.W pemimpin kami
3. Al-Quran perlembagaan kami
4. Jihad adalah jalan kami
5. Syahid fi sabilillah cita-cita kami

Thursday, July 30, 2009

end of posting n hang-out with best friends

alhamdulillah, hari ni habis posting psychiatry. exam end of posting yg merangkumi long case dan mcq telah pun berlalu. bak kata yasmin "finished already". semoga lulus lah posting ni. tp risau gak, level pengetahuan mcm sikit je bertambah sepanjang posting ni. pengalaman clerk pt psychi pn best. bila fikir balik, nikmat akal yg sihat ni sgt besar. walaupun tubuh badan secara fizikal nya sihat, namun akal yg rosak menyebabkan seseorang tidak mampu menjalankan tugas harian dengan baik. alhamdulillah..

ptg td, lepas antar report neurosis n buku log di department psychiatry aiman kuar ngn nadia. agak lewat kami keluar, dlm 630 p.m baru sampai di kbmall. jumpe dila kat kfc baru pas tapau ayam utk org kat umah. then, kami yg kehungryan ni pilih rasamas utk makan n bersembang. mcm biasa la bila jmpe kawan rapat, mcm2 nk dicerita. dari h1n1 yg menyebabkan diorg ada kat kb skrg smpai la cte2 lain. selesai makan, nadia nak beli beg. nasib baik ada yg bekenan, klw x pusing 1 kbmall la.. then, kami naik tingkat atas utk solat maghrib.

selesai solat, balik umah dila ngn jalan kaki sbb ma nadia akan ambk kat umah dila. then, kami gi plk pantai timur beli barang skt. sambil2 bersembang, nadia tanya 1 soalan
"bila kte keje nnt, boleh lagi ke kte kuar cam skrg?"
aiman hanya jawab "ntahla nad.. ak pn xtau"

persahabatan yang telah terjalin antara kami sejak tahun 2000 smpai sekarang dan aiman harap akan kekal utk selamanya. banyak pahit manis dalam persahabatan kami. perselisihan faham yg mematangkan hubungan sebab bila kte tahu kte salah, kte akan cuba sedaya upaya utk tidak mengulang kesilapan yang sama.

dat's all..

lebih baik diam dari sakitkan hati orang

bergurau, menegur biarlah pada tempatnya. jaga lah mulut anda. bak kata org melayu dulu2

kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

peringatan buat diri sendiri dan sahabat2.

Friday, July 17, 2009

alhamdulillah, terjawab sudah segala persoalan.

Cik Aiman

Terima kasih di atas emel anda.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika cuba berurusan dengan cawangan kami.

Maklumbalas anda amatlah kami hargai di dalam usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami kepada pelanggan. Pihak kami sentiasa berusaha untuk menangani isu ini bagi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah memuaskan.

Justeru itu, pihak kami ingin menerangkan bahawa pelanggan hanya digalakkan untuk mengambil insurans dengan pihak Bank. Walaubagaimanapun, ini tidak merupakan suatu syarat yang ditetapkan untuk membuka akaun. Oleh itu, pihak kami telah mengajukan perkara ini ke bahagian pengurusan cawangan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda terhadap Maybank.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi kami di 1300 88 66 88 (24 jam, 7 hari seminggu)


Terima Kasih,
Ratna
Maybank Group Customer Care




m2u@maybank.com.my

07/16/2009 03:39 PM

Alhamdulillah...

Kesimpulannya, jika anda berasakan HAK anda telah DINAFIKAN, jangan takut untuk MENYATAKAN KEBENARAN.

Thursday, July 16, 2009

Persoalan tentang maybank

Assalamu’alaikum w.b.t

Pada hari ini (16 Julai 2009) saya telah ke dua cawangan Maybank di Wakaf Siku dan Telipot, Kota Bharu, Kelantan untuk membuka akaun simpanan. Walaubagaimanapun, niat saya terbantut apabila kakitangan bank berkenaan mewajibkan saya mendaftar insuran sebagai pakej untuk pendaftaran. RM 30 akan dipotong dari akaun saya untuk insuran berkenaan bagi setiap bulan. Oleh sebab saya sudah mendaftar dengan syarikat insuran lain, saya menolak tawaran berkenaan. Namun, saya diberitahu saya hanya boleh mendaftar dengan maybank jika saya mengambil insuran berkenaan. Saya juga disyorkan oleh staff maybank untuk mendaftar insuran tersebut terlebih dahulu dan membatalkan insuran berkenaan kemudian hari. Soalan saya:

1. Adakah pendaftaran akaun di bank-bank lain turut mewajibkan saya mendaftar insuran?
2. Adakah saya tidak berhak untuk menolak tawaran insuran dari maybank?
3. Apakah beza antara tidak mengambil insuran pada awal pendaftaran dengan membatalkan insuran di kemudian hari?

Semoga persoalan-persoalan saya dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Aiman Mardhiyyah bt. Mohd Yazid
salamzzz@hotmail.com
Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday, July 15, 2009

psychiatry posting (5/4-30/4/2009)

tahun 1, 2 dan 3 yang telah berlalu. hanya tinggal 2 tahun utk memastikan diri aiman competent utk jd seorang doktor. insyaAllah

alhamdulillah.. kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 4 telah bermula sejak minggu lepas. dah x ada lecture spt zaman phase 1 n 2. phase 3 lebih ke arah klinikal sbg persiapan utk menjadi doktor yg competent. dgn cara belajar yg berbeza dan lebih ke arah atas diri sendiri, aiman agak terkejut dgn suasana baru ni. sekarang masih dalam proses adaptasi. insyaAllah, by the end of this week dpt terima perubahan baru ni. utk mn2 sahabat yg rapat yg aiman x dpt bahagi masa cm dulu, mintak maaf bnyk2. bukan nk membzkan diri. tp, masih dlm proses belajar membahagi masa dgn baik. terima kasih buat yg memahami aiman.



utk pngetahuan sahabat2, aiman brada dlm group 2, tahun4, phase 3, sidang 09/10. dan 1st posting gp kami ialah psychiatry. org kata posting ni senang sebab keje nye bersembang ngn pt je. mmg tu realiti nya, kami xde on call cam sahabat2 dlm posting len. tp, klw sape2 nk gi clerk pt malam2 tu terpulang pd diri masing2. yg penting kne balik b4 930 supaya boleh bg peluang utk pt berehat.


pengalaman masa minggu pertama posting psychiatry, agak mendebarkan sbb stigma2 yg dah tertanam dlm fikiran sblm2 ni. tp, aiman perlu belajar utk jd non-judgemental, no bias towards patient. dlm posting psychiatry ni, yg pntg revise balik note block psychiatry masa 3rd ea n mesti ingt balik phenomenology yg ada utk memudahkan diri paham ape yg patient ckp.


habis minggu ni, tnggal 2 mnggu lg posting psychiatry. 4th week nnt ada end of posting exam mcq n long case. semoga masa yg bersisa dpt digunakan sebaiknya. dan semoga aiman mardhiyyah mohd yazid lulus posting psychiatry. amiiinnn...


antara buku teks yg digunakan. ada lg buku rujukan yg pnjm dr library. hehe~ tp baru baca bp helai je.

log book yg WAJIB dicompletekan sebelum exam end of posting.
2 cases write-up, 10 cases presentation, at least 8/10 procedures completed, at least 1 dcp/tutorial presented n at least 2 meetings with supervisor.

Tuesday, June 16, 2009

reunion abim '99 kali ke-2 utk thn 2009

hari ini, 16 jun 2009 ada reunion di KB. huhuhu T_T jeles!!! x dpt gi! tp ni ada gmbr yg kwn gi, dia upload slm frenster. reunion ari ni diadakan sebab dayah nk fly ke jordan. selamat mengembara menuntut ilmu sahabatku. yang menarik utk reunion ni, seorang sahabat yg mmg dah lost contact selama10 thn, tiba2 dijumpai semula. hehe~ cam jejak kasih lak. ramai lg sahabat yg dah 10 thn x tgk muka diorg. semoga kite dapat berjumpa kembali.

serba sedikit ttg batch sri abim al-hikmah 1993-1999:
batch kami masa darjah 1 hingga 3 ada 4 kelas. abu bakar, omar, othman n ali. masa ni kelas abu bakar tu kelas laki, n othman kelas pue. omar n ali tu... x ingat plk.

masa masuk darjah 4 kelas kami da kene campur ngn dak2 laki. benci betul! ye la.. mane taknye. dah la nakal2. suka suki je nk gelar2 ko ore. bleh kata smua org dpt name gelaran lah. masa darjah 4 smpai 6 klw x silap 3 kelas je kot. (klw silap betulkan ye kwn2 abim) ada kelas abu bakar, omar, n othman.

masa darjah 4, dak laki n pue lebih kurang sama ramai la. masa darjah 5, dlm kelas eman ada 5 org je dak laki n same gak masa darjah 6. most of us masuk MMP or MML dan ada gak yg gi naim, sic n sek2 len. dan alhamdulillah.. kami still contact satu sama lain. setiap tahun mesti ada reunion. dan tahun ni, masuk lah tahun ke-10 kami abis blaja di sri abim yg tercinta.

bnyk pengalaman pahit manis di sini. tp, yg pasti bila bertemu sekarang semua nye jd kenangan yg akan sentiasa dikenang.

batch kami ABIM 1993-1999 ada 58 org semuanya. Alhamdulillah berkat kerajinan usaha sahabat2 mencari sahabat lama yg telah terpisah, setakat ni 41 contact number telah berjaya dikumpulkan kembali. semoga semua org dapat menghadirkan diri pada majlis reunion tu nanti.



ni reunion 1st thn ni. dekat rasamas kbmall da tukar port, dulu 3 thn berturut2 di pizza hut. boikot!

ain n syamira di mid

ain, nadhilah, hidayah, fariha, sarah n ainul

syazwan, zulfadhli, razak, izuddin, hafizuddin, n nabil

Sunday, June 14, 2009

ikan patin gulai tempoyak

hehe~


hari ni eman nk share resepi ikan patin masak gulai tempoyak plk. blaja resepi ni ngn cik yah krai 2 ari lepas. odw blk dari kl abah singgah pasar tani, bekenan plk beli ikan patin ape lg, smpai krai wat gulai tempoyak la plus goreng sket.





1. penyediaan ikan



  • mula2 basuh ikan biar bersih

  • then, buang urat darah yg dkt tulang ikan tu (yg ni apply utk ikan patin, ikan duri)

  • pastu basuh ngn air beras atau gandum utk hilangkn hanyir ikan


2. penyediaan gulai tempoyak




  • mula2 tumbuk lada bena (bird chilli) sepedas yang nak.

  • pastu masukkn 5 sudu tempoyak (biar sesuai dgn nisbah ikan patin n lada)

  • tumbuk/gaul lah tempoyak ngn lada

  • masukkn air skt dlm lesung tu supaya x berketul tempoyak

  • air yg dah bercampur ngn tempoyak n lada tu masukkan dalam periuk, wat smpai abis tempoyak tu lah


3. cara memasak




  • letak periuk yg dah ada ikan patin n tempoyak td atas dapur

  • masukkn garam secukup rasa

  • masukkn asam keping

  • klw ada daun pijat n daun2 yg leh guna utk ilang hanyir tu elok la diletak

  • timun utk gulai tempoyak ni, cik yah kata ada timun khas utk dia. tp eman pn x kenal, heheehe~~~ klw letak, jd lg sedap la. bkn timun batang biasa kte makan tu ye..

  • dah masak, bleh la hidang.


hehe~

mcm biasa, eman akan turut sertakan resepi dari internet. selamat mencuba!

INGREDIENTS
Patin fish (cleaned and cut into three or four pieces )
4 or 5 tablespoon of tempoyak (durian paste)
5 -10 pieces (depending on how hot you want it to be) of "chili padi" (small chillies with simmering hot taste)
3 pieces of "bunga kantan"
2-3 stalks of lemon-grass
5 pieces of "daun kesum"
3-4 cm of ginger
2 – 2 ½ cups of plain water
Salt, cooking oil and fine sugar


COOKING METHOD
Warm oil in the pot. Saute the chili padi and ginger and stir them for a while.
Throw in the lemon-grass, bunga kantan and daun kesum into the pot.
Then add water into the pot. Add the tempoyak and mix them all together. Stir until they all blend nicely.
Then put in the pieces of patin fish.
When the pot is boiling, put in salt and sugar according to taste.
Boil until the fish is fully cooked.
Smell the delicious aroma and hear your hunger pangs clammering!


SERVING
Serve with boiled rice, and then see the greedy ones mouthing them all before you can even start!

Thursday, May 21, 2009

friendship award 2009

hehe~ award lg. bnyk betul eman dapat award. xyah masuk juara lagu, bph, af pn.







rule:


1. Put this badge in your awesome blog.


2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.


3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.


4. Let them know about this



Atikah Latiff


same la mcm dia ckp, ktorg accidentally kenal. n dat accidentally jgk yg telah merubah hidup eman skrg. tikah ni duk study medic kat mesir skrg. kenal kut frenster, then ym n penah la gak ckp on d phone. ari tu masa tikah balik, ingt nk jumpe, tp bnyk la plk halangan2 yg menyebabkan kami x dpt jumpe. insyaAllah next time ye syg. alhamdulillah, tikah ni bnyk bg advice n contoh yg baik utk eman. semoga diri tikah ditemukan dgn org yg serasi dgn jiwa tikah. tp yg paling penting, jgn lupe cita2 kte. nnt balik bekhidmat kt mesia ye! jgn carik org arab lak! kang betambah tebal kening tuuuuu!!! hehehe~ semoga ukhwah ini kekal wat selamanye ye tikah!


then... this award belongs to:


KeY


dah cte pasal key kt post sblm ni. hahaha~ x yah taip2 lg dah.


'Aainaa Nuraihana


stat kenal aina masa 1st ea kat usm. bilik ktorg dekat je, n satu geng study gp ms awal 1st ea, akhir 2nd ea n sepanjang 3rd ea. semoga kte dpt berstudy gp sm2 lg ye aainaa! hehe.. suka baca blog dia. full wif inspiration. seorg yg manja. betambah rapat masa kt langkawi. aainaa ni sgttt suka ngn syeikh muzaffar, knape? tu kne la tnya cik aina ni sndiri.


Kak Ayu


hehe~ kwn pd kwn nih. mula2 juz berkawan kut fs, msj n cl. cuti baru2 ni eman gi bangi n jmpe dia. sempat la melawat u tempat dia bljr. satu yg spesel antara eman ngn akak ni, sy x dipanggil eman, ttp dipanggil mar. from my own name, mardhiyyah. (terasa keperempuanan skt) alhamdulillah, akak ni suka bg advice kt aiman n sukaa sgt promote kopi radixx dia. dah abis blaja, n skrg tgh konpius, nk berbisnes or keje ngn org. semoga dipermudahkan segala urusan ye kak!


dats all.. xtau nk tag sape lg..

c0ol award 2009



Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.



of kos my bestfren yg sgttt suka tag ak: key



alhamdulillah, dah nak masuk 10 tahun ak ngn key kenal.

nama dia yg sebetul2ny ialah noorfakhriah bt yaacob (mati ak klw salah eja T_T)

1st kenal dia masa duk 1Express2 di MMP.

nk kata banyak ckp tu x jgk. tp bnyk gak yg ak masuk ngn dia.

sekelas ngn dia smpai form 2, form3 dah berpisah, jauh kelas. tp, ktorg still rehat sama2. kan key?

yg ak sayangggggggg sgt ngn sahabat2 ak ni temasuk key sbb diorg x tnggalkan ak masa form3 sdangkn masa tu self-esteem ak sgttt rendah ngn diorg. tu perkara yg ak xkn lupa smpai bile2.

dah masuk form4, alhamdulillah result pmr bagus, dan key decide nk ke q-ber.

huhu~ ak nangis masa naik bas ngn mu key. kali terakhir kte naik bas2 no. 6 sm2 b4 mu g qber T_T x sanggup nk berpisah, rasa kehilangan dan kesunyian. (kan dah syahdu.. tu laaa!! tag ak sgt!)

alhamdulillah, wlpn ak dan key dah x satu skolah, stp kali cuti, ada masa, insyaAllah kami akn jumpe.

semua tu berlarutan smpai ak gi mtrx kmkulim, key masuk utp. n smpai la skrg.

alhamdulillah.. semoga persahabatan kte kekal selamanye ye key.

wlpn ak penah lukakn hati mu satu masa dulu, bg ak, tu lah kenangan pahit yg penah belaku antara kte.

i'm really sorry my dear. never meant it.

luv u!!! huhuhuhu T_T (nangis lg..)



yg best pasal key ni, ak open nk cte pape je ngn dia.

3 patah perkataan cukup kot.



EMAN SAYANG KEY!
key:bertudung biru


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)



em..

perlu ke??

klw xnk tag sape2?



fakta1: saya anak no.3

fakta2: sy dah kurang bercakap skrg, dulu org selalu kata sy peramah. mungkin sbb tu skrg org kata sy garang.

fakta3: sy seorg yg sensitip

fakta4: sy akan ingat smpai ble3 perkataan yg melukakn hati sy

fakta5: sy mudah terikut2 cara org sekeliling. tu yg sgt sy x suka T_T



hobi1: hahaha~ of kos begayut kat tpon.

hobi2: peluk ahmad akram mukhlis, wlpn dah 8 thn, he'll always be my baby boy

hobi3: pinjam buku kt library (tp, x baca. hehehe)

hobi4: hang out wif my bestfren

hobi5: men masak2 smpai tebakar dapor



Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.



em.. nk tag:



1.Atikah Latiff

2.kak Ayu
hehe~ jgn marah ye. tikah n Kak ayu syg.


Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

Friday, April 10, 2009

alhamdulillah.. ujian berbentuk nikmat~

salam~
alhamdulillah, semalam result professional 2 08/09 telah diumumkan oleh pengerusi fasa 2, dr. kamarul ariffin.

dan, alhamdulillah segala puji bg Allah nama Aiman Mardhiyyah Mohd Yazid turut disebut.
betapa besarnya nikmat ini.. dan mungkin sebuah ujian utk aiman.

kehidupan fasa 3 yg jauh bezanya berbanding fasa 1 dan fasa 2.
semoga aiman diberi kekuatan utk terus berjuang dalam bidang perubatan ini.

insyaAllah...

Monday, April 6, 2009

exam dah abis, result ari kamis~

huhu~
xm baru abis pg td. mcm2 plan nk wat smpai bertindan2 plan. dah plk ptg td slumber je drive sbb x sedar lesen kete da matiii!!! huhuhuuuu... x brani da la nk bwk kete. sob2!! ='(

esok ke pantai? insyaAllah..
tp bnykkkk lg benda x setel. brg dlm bilik x abis kemas lg, hal umah, hal adik, hal elektif lg.

ari sabtu ni ke langkawi.. insyaAllah..
dan terus balik ke selangor.

3 bln cuti.
dah lame x merasa cuti pnjg.
tp, cuti lama2 bekarat lak otak nnt klw x study langsung.

buat sahabat2 klw ada yg baca blog eman ni..
eman nk mintak maaf andai ada salah silap spnjg kte kenal dah 3 thn ni.
semoga dipermudahkn segala urusan kte,
dan semoga kte semua lulus pro2.
insyaAllah..

selamat bercuti,
semoga diisi dgn perkara2 yg bermanfaat.
wassalam~

Wednesday, March 25, 2009

sahabat


really miss u all my girls...

Wednesday, March 18, 2009

ujian hidup

salam..
dah lama aiman x post entry. bz nk xm? agak arr.. plus xde laptop sendiri.
ari ni, lepas lunch n solat aiman gi hospital sbb tau 2 kazen masuk ward kt 8td utk operation esk. duk bbual ngn kazen n mak da, sedar2 da kul 430. solat asar dulu. bajet nk balik kul 5. sudah solat, ayah da smpai dia kata anak spupu ada kat 6 utara. umi ada ckp ari tu, cik yah kata sabrina akan dipindahkan ke husm. tp dsbbkn aiman xde no tpon k'shima plus bile mntk ngn kzen2 len, xde yg reply, dah x usaha utk terus mencari nombor tpon k'shima. on d way blk bilik for study gp, singgah 6u kejap. ada mak teh,ma, n k'shima. k'shima kata sabrina baru lepas wat bone marrow. (bone marrow aspiration mungkin). besar ujian anak ni, baru 2thn 2 bln dah di suspek AML. nmpk penat je sabrina td.. rasa baru smlm nmpk dia berlari2 dgn ceria dlm wad masa duk tnggu mok sakit 3 bln lepas. ujian kesusahan menyebabkan kte makin dekat dgn Allah..

bagaimana plk kalau ujian kesenangan???

semoga hati ini tidak lalai dari mengingati Allah sewaktu dikurniakan nikmat-Nya..
utk sahabat2 yg baca blog eman, sama2 doakan utk 3 sepupu eman ni ye...
terima kasih.

wassalam.

-xm final 10 hari lg-

Wednesday, March 4, 2009

life is an open secret by zabrina a. bakar

sape penah baca buku ni?? angkat tangan! hehe~ sebuah buku motivasi islamik yg boleh diberi 5 bintang. masa 2nd ea dulu dah penah tgk buku ni, tp mungkin sbb tajuknye bahasa omputih, jd x berminat nk baca. alhamdulillah smlm diberi gak hidayah utk pinjam buku ni ngn anis dhuha. lepas baca baru sedar buku ni sgt menarik, ayat yg simple namun penuh makna. 'don't judge d book by its cover'. diselitkan jgk ayat2 al-quran dan hadith. bnyk mutiara kata dan cerita2 pendek yg penuh pengajaran. sesape yg belum baca, boleh la cari kt kedai buku ye!

antara cerita yg ada dalam buku tu adalah ttg kesusahan yg dihadapi dlm hidup.

ada sorg wanita yg mengadu ttg kehidupan dia yg penuh kesusahan. sama ada di tempat kerja dan kehidupan peribadi. bos dia mcm x suka dia, selalu bg dia keje yg saaaaaaangat bnyk dan menyebabkan dia kene wat keje OT selalu n kdg2 miss lunch. utk tambahkan lg beban dia, bos dia bg plk keje2 outstation semasa dia kene jg mak dia yg sakit. n klw ada masalah dlm syarikat, dia akan dipersalahkan.

stp kali dia rasa penat dgn kehidupan ni, dia akan bangun di tgh malam, mengadu pd Allah, dan membaca kitab suci al-quran. dia yakin hanya Allah tempat dia mengadu dan hanya Allah yg tahu apa perancanganNya kepada dia. dia berdoa Allah kurniakn dia kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan dan semoga dipertemukan dirinya dgn jodoh yang baik. (mcm yg kite semua nak la)

pada satu hari, disebabkan kerajinan wanita ni bos dia nk cadangkan nama dia utk naik pangkat. dan alhamdulillah, dia berjaya mendapat kenaikan pangkat.
tak lama kemudian, datang satu lamaran utknya drpd seorang laki yg bekerjasama dgn syarikat tmpt dia bekerja.

fikir2kan~

ni plk cte pasal nelayan dan ikan jerung.

mcm kte sedia maklum, di jepun org2 jepun sangatt suka mkn ikan yg segar. dan nelayan2 di sana pn mmg sentiasa berusaha utk mndptkan ikan yg segar utk dijual. lama kelamaan ikan di pesisiran pantai smkn berkurangan dan menyebabkan para nelayan ni terpaksa menangkap ikan di laut dalam.

para nelayan ni terpaksa tinggal di laut dlm 2,3 ari dan baru boleh bwk balik jual ikan2 ni. namun, org2 jepun ni dia dpt rasa betapa x segar nye ikan yg dijual oleh nelayan laut dalam dan mereka tidak menyukainya. lalu, ikan2 ni pn di jual dgn harga murah.

pihak nelayan ni cuba pk jln lain utk meningkatkan kualiti ikan mereka, lalu dibuatnya peti sejuk supaya ikan2 ni tahan lama. malang utk mereka krn org2 jepun ni masih dpt membezakan antara fresh fish dgn frozen fish! so, ikan2 mereka x laku lg la..

nelayan2 ni masih berusaha utk mencari kaedah yg terbaik bg mengekalkan kesegaran ikan2. lalu dibuat plk satu tangki ikan yg ada air laut sekali. ikan2 ni masih hidup cuma lemah la sbb duk berimpit dlm tangki ni. bila ikan ni dijual, ikan2 ni masih x laku sbb org jepun dapat membezakan antara ikan yg aktif dan ikan yg x aktif. rasanya len~ (len cmane, sy pn xtau)

kemudian, pihak nelayan ni berusaha lg utk mencari kaedah len. mereka masih menggunakan tangki ikan, tp skrg ditambah plk dgn seekor ikan jerung kecik. ikan jerung ni akan makan ikan2 yg tampak lemah. so, utk ikan2 ni kekal hidup mereka perlu lah aktif bg mengelak dimakan oleh si ikan jerung ni. maka, dpt la para nelayan jual ikan mrk dgn harga yg berpatutan n org2 jepun pn hepi dapat makan ikan segar.

kita diibaratkan seperti ikan2 dlm tangki tu dan ikan jerung plk diibaratkan dgn cabaran yg kita perlu hadapi. kita kene sentiasa aktif, berusaha utk menghadapi cabaran2 dan jgn biarkan cabaran2 itu menghancurkan kita.

utk kepuasan yg lebih baik, bacalah sendiri buku ni ye~

Tuesday, March 3, 2009

tension vs not tension

nk2 xm ni, kejap tensen, kejap ok. time x tensen, duk wat bnda merapu lak. time tensen, mmg duk study kat meja. huuu... nk tensen ke nk x tensen? stress--> +ve n -ve.

Sunday, March 1, 2009

Breast Stroke!

The breaststroke is the oldest known swimming stroke. For many centuries it was thought the best stroke to teach beginners. It is one of four strokes used in competitive swimming, but it is also very popular for leisure swimming because the head can be kept up, making vision and breathing easy, and because the swimmer can momentarily rest between strokes.



4 Important components of the breaststroke are:

Body Position:
In this stroke, the arms and legs move symmetrically. In the glide, the body is flat, prone and streamlined. Keep back straight and body horizontal, with hips and legs just below the surface.

Kick:
The whip kick is used, where the legs start together with the knees inward and the feet press outward as the legs extend. The ideal distance between the knees and between the heels and buttocks at the end of the recovery vary among swimmers.

Arm Stroke:
The arms start together and extend in front of the head. Palms stay down 6-8 inches below the surface of the water.

Breathing and Timing:
As the arms and hands start to pull backward, lift the head to breathe. Breathe during each armstroke. Remember the timing of this stroke with the phrase, "Pull and breathe, kick and glide."

nasi goreng ikan masin. yam2!!!

hehe~
dah 3 ari mengidam nk masak nasi goreng ikan masin. bkn nk mkn, tp nk masak. ni salah satu peberet food eman. klw gi kedai mkn, ni antara yg akan dipilih. nk tau camane eman masak? hehe~ ni x tnye org& x search tenet pn cari resepi, juz campak ape yg ada masa duk mkn kat kedai. hehe~

cam biase basic makanan melayu
  • bwg merah
  • bwg putih
  • lada burung
  • minyak

utk nasi goreng ikan masin ni
  • ikan masin
  • telur
  • sayur kailan
  • nasi
mula2, panaskan minyak, pastu masukkan la bwg merah n bwg putih yg dah siap dimayang. dah naik bau pe semua, masukkan ikan masin yg dah dipotong kecik2.then, kacau smpai ikan masin masak molek.ha, time ni bau dia bestt~ pastu ambik telur, pukul telur then masukkan dlm kuali. ambk pulak lada burung yang dah ditumbuk.dah siap semua, masukkan nasi n sayur kailan. goreng smpai masak! siap utk dihidang~ hehe.. senang kn? ni resepi sendiri. selamat mencuba =)

ni plk resepi eman jumpe masa cari gmbr nasi goreng ikan masin~ nasi goreng ikan masin ala thai

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 8 biji cili padi diketuk
  • Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan)
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang dipotong kecil
  • lobak merah di potong kecil
  • sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

  1. Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
  2. Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
  3. Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Friday, February 27, 2009

baru edit blog

alhamdulillah.. bejaya gak eman edit blog. td call key nk tnye cmane nk masukkn feedjit. key pn da lupe dia wat cmane dulu. try-n-error klik pnye klik jumpe gak caranya. n boleh lah letak shout out box yg dah lame eman nk letak.

hehe~ bnyk lak masa utk wat benda2 merapu ni. exceli, eman baru abis xm selanjar 3 smlm. alhamdulillah.. dah abis xm. result? tnggu la mnggu depan. insya-Allah kuar. dr. da ckp result akan kuar awal sbb pro2 lg sebulan je.. sahabat2 doakan la eman ye.. biar rajin sokmo, biar mudah ilmu nk masuk dalam hati ni...

di samping blaja ilmu medik, alhamdulillah ada peluang blaja swimming kt splash. kitorg 8 org je. my sis, k'anith n my adik afwan. n 5 org usm-mate yg sgt bersemangat blaja swimming, may, ena, alia n alia n qmie. 1st lesson cg ajar cara nk floating. 2nd cara kaki nk swimming utk kuak dada. kene wat macam kaki katak.. hehe~ then smlm blaja cara breathing. penat tul swimming ni.. dah la semput. stamina x kuat la katakan.. hihihi =)

nk tau x ape pekdah swimming?? ha.. eman paste je bnda ni dari website len.
According to the U.S. Water Fitness Association (USWFA), water exercise offers many physical, social and mental benefits:

* Improved strength and flexibility
* Better muscular endurance and balance (Many professional and amateur athletes cross-train in the water)

* A stronger heart
* Enhanced physique or figure

* Improved circulation

* Rehabilitation therapy for used or healing muscles and recovery from accidents and injuries

* Weight control

* Relief from stress and tension

* Increased energy


utk shbt2 di luar sana., study2 gak! tp stamina badan kene jaga. nnt jd HO kene tough!! insyaAllah.. same2 kte doakan.


k, dats all for today. len kali update lg.insyaAllah~
buat sahabat2 yg tgh berjuang ngn exam, semoga berjaya!

Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan dunia akhirat

Tuesday, February 24, 2009

makin jauh darimu...

em..
nk face-to-face ngn sorg sahabat ni.
masa 1st ea dulu, dia antara org yg rapat ngn ak.
ntah sejak bila antara kami ada gap.
ak pn xtau..
mungkin ak yg berubah..

Friday, January 23, 2009

rehlah bersama sahabat2 di sri muara

Bismillahirrohmaanirrohiim...

Alhamdulillah, pg td aiman gi rehlah ngn kak anis n afwan di sri muara, pantai nipah, bachok. rehlah ni anjuran sahabat2 yg biasa aiman ikut program bersama. sahabat seusrah, own yg ajak aiman join.

mlm td own tnya konpem x nk gi, aiman ambk kesempatan ckp nk ajak adik n akk. alhamdulillah dpt kebenaran. alang2 duk kt umah, ajak la family skali.

sampai kt sana, sahabat tgh tunggu kt tepi pantai nk solat dhuha. n ada 2,3 org duk siapkn breakfast. kami yg baru smpai bersalam-salam dulu n terus gi ambk wudhu. lmbt2 kang, matahari makin tinggi lak. sudah solat dhuha, ada bacaan maathurat. (dah lame tinggal, niat nk buat, tp asyik betangguh je... aiman2~)

selesai prog tu, kami breakfast bihun goreng same2, ade kopok goreng n sosej lg. semua mak k'na yg sediakan (k'na ni RA di INFORMM usm, baru kenal td) menjamu seleralah kami semua, sambil2 tu ada sesi taaruf antara kami. yela, ada senior, junior course pn lain2. jarang2 jumpe time prog. ada yg dah bnyk kali jumpe, ada yg baru 1st time jumpe.

selesai makan, ada pengisian bertajuk 'Palestin Oh Palestin' yg disampaikan oleh Dr. Dasmawati, pensyarah di PPSG a.k.a K'das. sedikit sbnyk input ttg palestin disampaikan kpd kami. berkenaan SERANGAN yg dilakukan oleh israel LAKNATULLAH yg bukannya satu peperangan. kerana peperangan adalah antara 2 pihak. sedikit cerita ttg bagaimana yahudi boleh masuk ke palestin dan cerita ttg sifat yahudi yg mmg Allah tlh ceritakan dlm surah al-baqarah ayat 249-252.

selesai sesi soal jawab ape semua, own mntk kami listkan produk2 yg telah digunakan selama ini dan perlu diboikot dan produk apa yg boleh dielak penggunaannya eg; maggi->ruski, kfc->efc etc. dan, hari tu aiman pernah baca kesan boikot terhadap ekonomi. di mana apabila produk2 luar diboikot menyebabkan ekonomi masyarakat tempatan berkembang krn x perlu bersaing dgn produk luar. own juga bercerita ttg kekuatan doa seorang mukmin, dia bg contoh yg simple je td, lepas solat smlm own doa semoga Allah pemudahkan pengangkutan nak gi rehlah sbb kete x cukup. selesai solat, tiba2 dpt msj dari aiman 'own,kete dah cukup?' betapa Allah Maha Mendengar...

dan program kami hari ini diakhiri dgn sesi bergambar.

semoga aiman diberi peluang utk join lg program bersama sahabat2 disamping menambah ilmu di dada.

hehe~ nk letak gmbr tp xleh lg, len kali aiman letak.
wassalam~

Thursday, January 22, 2009

palestin

Amrullah (Baitul Maqdis)
Album :
Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com/


لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِين
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِوَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis: Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

Bismillahirrahmanirrahim..

PALESTIN, satu isu yg sgt penting dlm diri setiap umat islam.
kalau dulu diri ini terlalu jahil, tidak mengambil peduli apa cerita di sebalik palestin.
alhamdulillah, diri ini diberi hidayah utk belajar mengenal palestin dgn lebih dekat walaupun mungkin x sedetail kalian yg selalu mengikuti perkembangan palestin.

satu ketika, pabila palestin tiba2 diserang hebat oleh penjenayah dunia, israel LAKNATULLAH ak berminat utk membaca ttg palestin, ttg fatah, ttg muhammad abas, ttg husni mubarak yg individu2 ini x pernah ku kenal nama mereka. betapa jahil diriku tatkala kemudahan informasi di hujung jari.

buat pertama kali dlm 3 thn ak menghadiri Malam Untukmu Palestin semasa Minggu Penghayatan Islam ke-11 di USMKK. Alhamdulillah, dari ceramah malam itu dapat ku pelajari sejarah di sebalik penjajahan Israel LAKNATULLAH dan informasi2 lain ttg palestin di samping cara2 utk membantu palestin.

semoga ak berpeluang utk membantu palestin. mungkin setelah bergelar doktor perubatan. amiinn...